Dengan izin Allah, SK akan berada sekali lagi di negeri yang sinonim dengan ‘ Negeri Di bawah Bayu’. SK akan bertolak pada hari Ahad 8 November 2009 dan akan kembali pada petang 11 November 2009. Kursus 2 hari ini adalah anjuran bersama dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (Human Resource Development Fund) PSMB @ HRDF. Ini adalah kali kedua jemputan dari Pengurus Besar PSMB cawangan Sabah iaitu Tuan Rony Gobilee.
Kursus 2 hari ini akan dijayakan di Hotel Shangri-La, Bandaran, Kota Kinabalu, Sabah.
Kepada Tuan dan Puan yang berada dan ingin menjemput SK ke organisasi Tuan dan Puan pada hari Rabu 11 November 2009, sila sms ke 019 300 1 200 ataupun hubungi 03 4142 5300 sebelum hari selasa 10 November 2009.
Shamsuddin Kadir
Emel: info@shamsuddinkadir.com
walaupun hari pertama… impaknya sungguh DAHSYAT. untuk menjadi yang luar biasa, kita kena berani melompat dari KEPOMPONG yang boleh dianggap biasa.
Tak sabar nak tunggu esok dan rasanya 2 hari macam tak cukup, masih banyak lagi ilmu yang perlu digali daripada SK.
saya suka
ct…
” Hari ini saya orang BIASA, Hari esok saya nak jadi LUAR BIASA”
sungguh bermakna ilmu yang diberi, jika ada peluang saya nak turut serta lagi bagi topik yang boleh memecahkan kepala. Kalau tak pecahkan ruyung mana nak dapat sagunya. Kalau nak jadi Luar Biasa kena jadi gila…. tapi gila dalam waras.
Saya sangat suka…
CT – 10/11/2009