Skip to main content

Tuan shamsuddin…

Saya selalu membaca website encik dan saya ingin berterima kasih kepada encik sebab meluangkan masa menulis nasihat kewangan yang sangat berguna. Saya ingin meminta nasihat dari tuan tentang pinjaman kereta atau pinjaman PTPTN yang mana perlu diutamakan untuk membayar.

Pinjaman  kereta saya (kancil 2 tahun dah bayar) interest rate 3.4% per year dan PTPTN (ijazah) interest rate 4%.  Sekiranya saya ada lebihan duit sebanyak RM 3000, pinjaman manakah yang paling bagus saya bayar menggunakan duit tersebut? atau saya bayar seperti biasa sahaja dan saya simpan duit tersebut ?

Manakah pilihan  yang lebih baik untuk saya? Saya ucapkan terlebih dahulu terima kasih kepada tuan. Semoga tuan dipermudahkan semua urusan oleh Allah.

Ani

——————————————

Cik Puan Ani,

Semoga Allah mengurniakan kepada Cik Puan dengan limpahan kebaikan yang datang mendadak, Amin.

Cik Puan Ani, saya bersyukur kepada Allah apabila membaca emel saudara, kerana ianya menunjukkan bahawa saudara seorang yang peka dengan keperluan belajar dan mencari cara terbaik. Tahniah.

Saudara,

Saya tidak tahu berapa tahun lagi baki ansuran kereta yang saudara perlu bayar. Secara umumnya  SK memilih bagi membayar hutang PTPTN, tetapi jika baki hutang ansuran kereta sekitar RM 4,000 SK akan mencadangkan sebaliknya.

Gunakan duit RM 3,000 itu bagi membayar hutang PTPTN. Saya doakan Allah melimpahi Cik Puan dengan keajaiban-keajaiban yang datang mendadak bagi orang yang suka membebaskan diri dengan hutang. Semoga Cik Puan berbahagia selalu. Ketika membayar duit itu bagi menjelaskan hutang itu, berdoalah dengan

“Ya Allah, aku mengunakan duit simpanan aku ini sebanyak RM3,000 bagi mempercepatkan aku membebaskan dari hutang, maka dengan kekuatanMu itu bantulah aku dan memperbanyakkan rezekiku bagi menjelaskannya lebih cepat dari apa yang aku sangkakan. Amin.”

Shamsuddin Kadir

Trainer & Author of 9 books

Emel : info@shamsuddinkadir.com

Ultra Mind Resources | Learning Station

11-2 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur, Tel : 4142 5300 Fax: 03 4142 7300

Leave a Reply