Skip to main content

Apabila kita mendapat duit sama ada dari duit gaji ataupun duit keuntungan bisnes, berbelanja sehingga ke tanda had yang dibenarkan itu yang diistilahkan sebagai berjimat. Individu yang sudah ataupun baru memulakan langkah bagi berbelanja tidak melebihi 70% dikatakan berjaya mengawal nafsu.

Bagi memastikan kita dapat fokus kepada kareer kita iaitu memastikan tugas yang dipertanggungjawab oleh majikan berjalan sebaik mungkin, memastikan kita berbelanja tidak lebih dari 70% itu adalah satu kemestian. Rupa kita menjadi semakin hodoh dari masa ke semasa selagi bebanan hutang masih bertimbun di atas kepala kita.

Persoalan utama selepas kita memikirkan keperluan asas kita sebagai manusia yang berjasad itu, adalha keperluan ‘kita’ iaitu keperluan roh kita. Adakah kita sentiasa menepati tuntutan Satu Kuasa yang Maha Agung’ yang telah menciptakan kita?

Membeli barangan yang mewah seperti handphone yang canggih tetapi bukannya keperluan adakah ianya selari dengan tuntutan Fardhu Kifayah. Fardhu Kifayah menuntut kita membeli dari usahawan muslim (sama ada beliau adalah Melayu, Cina, India ataupun orang putih). Setiap kali keluar model baru setiap kali itu kita menukar handphone, tidak mengampa jika itu adalah satu keperluan supaya masih diterima bekerja di tempat kerja sekarang ataupun bisnes kita lingkup jika tidak tukar handphone.

Melakukan satu langkah kerana dunia, kita dapat berjimat dan berbahagia selagi umur kita belum mencecah umur mati yang telah Allah tetapkan sejak azali.

Melakukan setiap langkah kerana Akhirat, kita sentiasa berjimat, berbahagia, ceria dan kaya di dunia dan di akhirat.

Lihat perabut dan kelengkapan rumah kita, termasuk handphone, adakah ianya tergolong dalam barangan yang dibeli memenuhi Fardhu Kifayah?.

“Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku dan Matiku hanya semata-mata kerana Allah”.

Semoga kita semua dapat berlomba-lomba bagi memenuhi arahan Allah itu jika kita ingin bertemu dengan Allah dalam keadaan Allah meredhai kita bukannya dalam keadaan Allah murkha dengan kita dan tidak terima kita.

“Sewaktu di dunia, engkau tidak terfikirpun bahawa kita akan bertemu hari ini, maka Aku juga tidak mahu hiraukan engkau, masuk lah kamu dalam neraka untuk selama-lamanya”.

Kejar duit semata-mata, yang kita dapat hanyalah mati. Kejar keberkatan Allah ,segala kebaikan dan kenikmatan kita dapat dan ianya kekal sampai bila-bila.

Leave a Reply