Bilangan pekerja-pekerja yang ketika ini hidup makan gaji semakin banyak yang melibatkan diri dengan ‘bisnes online’. Ini dapat dilihat sebahagian besar yang melanggani Broadband adalah dari kumpulan individu yang makan gaji. Langganan Internet itu dibuat supaya mereka dapat membuat semakan emel dan order yang dihantar ke emel dan mengemaskini halaman web mereka. Ketika di pejabat ada yang mengunakan internet access bagi bisnes peribadi mereka.
Di sini kita dapat lihat bertapa banyak majikan-majikan menghabiskan duit bagi membiayai pekerja-pekerja yang ‘sibuk’ membuat bisnes sewaktu di pejabat. Fikiran mereka sewaktu di pejabat bukan lagi bagi memikirkan secara serius tugas yang dipertanggungjawabkan kepada mereka oleh Majikan. Rumah, kereta, makan dan pakaian kita itu dan juga persekolahan anak-anak dibiayai mengunakan duit yang dibayar oleh Majikan. Membeli kereta yang berharga lebih dari kemampuan kita membayar dengan tenang itu bukan salah Majikan. Itu salah kita kerana kita yang memilihnya.
Ketika ini orang yang bergaji bawah RM 1,000 sibuk dengan ‘bisnes online’, orang yang bergaji lebih dari RM 10,000 juga sibuk dengan ‘bisnes online’. Apa akan jadi kepada bisnes majikan yang sudah dianaktirikan ?
Majikan-Majikan di Malaysia perlu memiliki strategi bagi hanya mengekalkan pekerja-pekerja yang komited dengan kerjaya kerana jika unsur ini tidak dibendung bisnes majikan sama ada semakin mengecil ataupun bakal lingkup. Memiliki pekerja-pekerja yang tidak cukup duit yang sibuk membuat bisnes ketika di pejabat secara online adalah seperti memiliki keranda-keranda hidup yang menghantui bisnes majikan sehingga ianya tidak lagi diterima oleh pelanggan.
Shamsuddin Kadir
Trainer, Author, Reader dan Listener
Ultra Mind Resources
Tel:3 4142 5300 Fax 03 4142 7300
info@shamsuddinkadir.com