Skip to main content

Dengan izin Allah, SK akan menjayakan satu kursus yang dibuat khas untuk Tuan dan Puan yang ketika ini adalah termasuk individu yang membuat bisnes online. Kursus ini adalah bagi melengkapkan Tuan dan Puan yang ingin melakukan anjakan bisnes.

Seperti mana dalam entri sebelum ini, SK pernah menulis dan berkata,  Internet Marketer di Malaysia makan ikan kecil.

Di mana banyak internet Marketer  menjual perisian dan ebook kepada individu-individu lain terutama mereka yang menggangur, pelajar, pekerja yang tidak cukup duit.  Hanya pelanggan seperti ini yang banyak membeli produk ebook dan presian buat duit online, berdasarkan kajian yang dibuat.

Ini sudah pasti membebankan lagi individu yang membeli produk itu, kerana mereka terpaksa meminjam ataupun mengunakan sebahagian duit bagi membayar ansuran rumah ataupun hutang bagi membiayai peluang-peluang membuat duit melalui internet seperti yang dilapurkan.

Kursus yang SK akan jayakan nanti adalah kursus untuk mana-mana individu yang ingin bergiat sebagai Internet Marketer yang diperlukan oleh komuniti bisnes dan mendapat pulangan pendapatan yang besar. Iaitu makan Ikan Besar.

Tarikh belum ditetapkan lagi, ianya berkemungkinan besar pada bulan Disember 2009 sama ada pada hari Sabtu ataupun Ahad.

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

Leave a Reply