Dengan izin Allah, stesyen pembelajaran ataupun ‘Learning Station’ akan mula beroperasi dalam bulan Oktoberย ย ataupun November ini.
Pelbagai aktiviti sedang dirancangkan, dari program malam, hujung minggu dan sewaktu waktu pejabat.
Kami juga sedang berusaha bagi memastikan kursus-kursus pendek itu dapat dijayakan dengan kos yang minimum supaya setiap kursus itu dapat dihadiri oleh kita semua.
Learning Station adalah pusat bagi kita memilih ilmu dan kemahiran sebelum menghasilkan destinasi yang kita ingin tuju.
SK juga akan menyediakan bengkel-bengkel dan kursus pendek. Antaranya adalah :
1. Menguruskan Hutang Kad Kredit. Waktu : ย 8 – 10 Malam
2. Menguruskan pembiayaan Rumah dan Kereta : 8 – 10 malam
3. Mengenalpasti Barah Kewangan : Mengetahui tahap barah kewangan dalam hidup kita
4. Mengatur prinsip hidup : Supaya kewangan tidak terjejas
5. Cashflow untuk pengantin :
6. Pembangunan Kerjaya Hidup
7. Pembangunan Bisnes
Dan lain-lain…
salam SK…..murni sungguh hati tuan utk memberi sumbangan ilmu kpd muslim sejagat.teruskan usaha murni tuan!
Salam Tuan Yusry,
Semoga Allah mengurniakan kepada Tuan Yusry dengan kebaikan yang datang mendadak pada setiap pagi dan petang hari. Amin.
Sejak mengenali Tuan, saya kagum dengan sifat Tuan yang baik hati dan suka memberi sokongan.
Saya suka.
Shamsuddin Kadir
terima kasih di atas kursus2 tersebut semoga sambil berkerja boleh beramal. Saya harap kursus tersebut memberi tunjuk ajar dan udara dalam membuat keputusan. ‘banyak manusia bukan merancang utuk gagal tapi gagal merancang.
Tuan SK.
Nampak gaya saya perlu pindah ke KL juga. Di sana lebih banyak peluang (program ilmu, bengkel dan lain-lain) berbanding di Johor ni. ๐
Tuan Faizal,
Sehingga hari ini Tim SK berpegang kepada fahaman ‘Hiduplah Dengan Memberi Sebanyak-banyaknya bukan menerima sebanyak-banyaknya.
Kursus-kursus kemahiran pendek itu disediakan dengan kos yang minimum supaya semua orang boleh mengikutinya.
SK
Tuan Zulfadli,
Ya Kuala Lumpur adalah pusat bisnes nombor 1 di Malaysia. Bisnes ada di mana-mana, cuma kita kena lihat bisnes apa yang kita lakukan.
Saya berada di sini adalah kerana banyak sebab satu daripadanya adalah 1. Banyak mentor dan rakan bisnes saya berada di sini. Senang untuk saya menuntut ilmu dari mereka.
Bila Tuan akan pindah ke Kuala Lumpur?
SK
Jika mengikut perancangan, kemungkinan dalam tahun ini juga atau paling lambat awal tahun hadapan. Saya telah buat beberapa perkiraan dan saya merasakan saya perlu berhijrah ke sana. InsyaAllah.