Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar Tuan SK? Semoga Tuan dan keluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin…
Untuk makluman Tuan, saya adalah salah seorang peserta Bengkel Urus Wang yang Tuan anjurkan secara percuma pada 2 Ogos lalu. Saya berasa amat bersyukur kerana berpeluang untuk mengikuti bengkel tersebut dan terima kasih yang tak terhingga atas perkongsian ilmu yang Tuan berikan..
Begitu banyak ilmu yang dapat saya kutip dan Alhamdulilah saya sedang cuba mempraktikkan ilmu yang Tuan berikan. Cadangan dan syor Tuan agar kita lebih banyak memberi daripada menerima sebenarnya banyak membuka minda saya. Saya kini sedang melatih diri untuk lebih banyak memberi daripada menerima dan melatih hati untuk memberi dengan ikhlas. Doakan agar saya sentiasa diberi petunjuk dan hidayah
olehNya.
Bertitik tolak dari itu, saya dan beberapa rakan sedang merancang untuk mengadakan program motivasi secara percuma untuk pelajar sekolah yang berada di kawasan yang terpencil dan agak kurang maju. Semuanya masih dalam perancangan. Niat hanya satu, agar anak bangsa kita lebih berjaya. Sekiranya Tuan mempunyai sebarang idea atau cadangan, mungkin Tuan boleh berkongsi dengan saya.
Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih atas perkongsian ilmu yang Tuan berikan. Semoga usaha murni Tuan mendapat keberkatan dariNya..insyaAllah.
Ikhlas dari,
MTA
——————————-
Waalaikummusalam Tuan,
Semoga Allah memberikan kepada Tuan dengan kebaikan yang datang mendadak pada setiap pagi dan petang hari, Amin.
Saya ada beberapa idea yang Tuan boleh gunakan bagi tujuan memotivasikan pelajar sekolah terpencil itu, mungkin Tuan boleh datang ke pejabat saya. Minggu ini dan minggu depan saya agak sibuk. Emelkan kepada saya dahulu, insyaa-Allah saya cari satu tarikh yang sesuai.
Teruskan usaha-usaha murni Tuan itu, saya sentiasa menjadi pengikut dan peminat Tuan dalam usaha Tuan memandaikan manusia mengikut apa yang Allah perintahkan.
“Hiduplah dengan memberi sebanyak-banyaknya dan bukan menerima sebanyak-banyaknya”
Shamsuddin Kadir
Trainer, Author, Reader & Listener
Ultra Mind Resources
Tel: 03 4142 5300 Emel: info@shamsuddinkadir.com
Salam Tuan SK,
Ada satu perkara yang saya rasa makin membarah dalam masyarakat kita. Berbelanja majlis spt kenduri yang berlebih-lebihan. Kita berbelanja untuk kenduri Aqiqah, untuk sempena Berkhatan, untuk Naik Buai, untuk Sebelum/Selepas Haji dan segala macam lagi kenduri/majlis berkaitan adat dan agama. Selalu kita dengar, kos terlibat sgt tinggi, sedangkan majlis tersebuit sepatutnya bersifat kecil-kecilan dan hanya untuk “buat syarat” sahaja, tetapi kelihatan dalam masyarakat sekarang, mereka berlumba-lumba untuk mejadi yang paling “grand”. Jadi majlis itu akan berkos tinggi sedangkan poket tidak cukup tebal, maka kad kreditlah jawapannya. Sangat sedih. Minta Tuan SK, ulas dan beri nasihat dalam laman ini.
Salam Tuan Ibrahim.
Terima kasih di atas pandangan Tuan Ibrahim, SK akan mengulas situasi yang Tuan nyatakan itu.
SK