Skip to main content

Baru-baru ini sebuah bank yang sedang berkembang pesat telah mengagihkan pembiayaan peribadi sebanyak 14 bilion sehingga Ogos tahun ini. Bank tersebut berkeyakinan bahawa mereka dapat mengagihkan sehingga RM 20 bilion sehingga akhir tahun tahun ini.

Ini bererti RM 20,000,000,000.00 duit diagihkan yang membuatkan anak-anak barah kewangan tahap 1 sebelum ianya merebak menjadi tahap 2 pada tahun kedua dan seterusnya.

Kenapa pembiayaan peribadi ini perlu untuk kita ? Kadang kala kita keliru sama ada sesuatu produk itu kita perlu ataupun sebaliknya.

Ini baru dikira dari sebuah bank yang memberikan sebanyak-banyaknya pembiayaan barah peribadi, bagaimana dengan bank-bank lain? Ini adalah cara mudah bagi bank membuat keuntungan. Berapa ramai rakyat yang sudah tersempit dengan hutang datang bagi menyuntik dengan barah yang lebih besar?

“Ya Allah sesungguhnya kami berlindung kepadaMu dari dibebani dengan Hutang dan tekanan orang lain terhadap kami. Amin”

Ya Allah selamatkanlah kami dari perangkap-perangkap kewangan, semoga kami hidup dalam keberkatan Mu. Amin.

Halaman www.shamsuddinkadir.com tidak menyarankan kepada Tuan dan Puan bagi melibatkan diri dengan barah kewangan iaitu Pinjaman Peribadi ‘personal loan’, Skim Ansuran Mudah dan Kad Kredit (kad hutang0)

Halaman www.shamsuddinkadir.com juga mengingatkan kepada SK dan Tuan dan Puan agar menjauhi segala urusan yang berkaitan dengan RIBA. Allah dan Rasul melancarkan perang terhadap mana-mana individu yang menderhaka kepada arahanNYa.

Shamsuddin Kadir

Trainer, Author, Reader & Listener

3 Comments

Leave a Reply