Skip to main content

Semakin hari banyak individu Muslim yang mengikut kaedah yang dipelopori individu yang bukan beragama Islam. Feng Shui adalah satu dari kaedah yang telah menarik banyak individu Muslim bagi mempratikannya.

Dalam Islam tilik nasib adalah ditegah dan ianya haram mengikut ketua pemerintah sekelian alam iaitu Allah.

Ketika ini banyak individu yang teringin mengetahui potensi diri mereka dengan mengunakan pelbagai sistem yang ditawarkan di pasaran. Antara yang kita dapat kenal pasti antaranya adalah menentukan sifat, peluang dan kelebihan kita melalui tarikh lahir kita.

Benarkah kita dapat mengetahui potensi melalui tarikh lahir kita ? Semoga ini penemuan terbaru yang tidak bertentangan dengan desain Allah apabila Allah mencipta manusia.

SK pernah diminta nombor kad pengenalan (Mykad) dan mereka memaklumkan bagi membuat semakan sama ada SK ada nombor trainer ataupun tidak. Selepas mereka menjemput SK menjayakan program baru diberitahu bahawa SK memiliki nombor yang ada pada trainer dan pemimpin. “Hampir tidak percaya dengan apa yang SK dengar itu”

Apabila mereka menceritakan konsep bagaimana ianya dikira, SK hanya mampu mengucap panjang.

Perkara paling asas yang SK ingin tegaskan adalah Islam, hukum Allah hanya berpaksa kepada Kalendar Islam iaitu Kalendar Hijriah. Muharram, Syawal, Ramadhan, Syaban, Rejab itu adalah bulan-bulan dan tarikh yang satu-satunya benar dengan Islam, manusia dan seluruh alam.

Kita juga bakal merayakan berdasarkan Kalendarย Islam bukannya Kalendar Bukan Islam iaitu Januari, Februari… November, Disember.

Tarikh-tarikh mengikut bulan bukan Islam tidak ada kaitan langsung dengan rezeki, potensi, peluang, kelebihan, kepandaian dan kelemahan kita.ย  Berhati-hati apabila kita mengiyakan tarikh-tarikh dalam kalendar bukan Islam itu ada persamaan dengan kelebihan dan apa-apa lagi rahsianya.

Berhati-hati dengan Akidah… jangan fikiran kita kena jajah selepas hidayah Allah itu sampai kepada kita. Nauzubillah…

Apabila Kalendar bukan Islam (melanggar desain Allah) dikatakan ada kaitan dengan tarikh kita dilahirkan oleh Allah. Nauzubillah…

Kita selalu menyebut Ramadhan Kareem, adalah yang menyebut salam Ramadhan, mungkin di masa hadapan bakal ada individu yang akan menyebut Salam September (Tahun ini kita berpuasa dalam bulan September)… Jika hari ini kita tidak keluar dari pemikiran yang menyalahi Arkitek Tersohor iaitu Allah, kita takut, Syurga itu juga tidak diberikan kepada kita oleh Allah, terpaksalah kita mencipta sendiri dengan mengunakan kekuatan tarikh lahir mengunakan kalendar bukan Islam.

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

10 Comments

  • PG says:

    Salam Tuan SK.
    Saya setuju dengan Tuan.
    Tidak ada kena mengena tarikh lahir dengan potensi diri.Hati2 lah kita dgn syirik.
    Wallahualam

  • Salam Tuan PG

    Itu yang kita tidak mahu terjadi, iaitu syirik, kerana itu adalah dosa yang Allah tidak akan ampun.

  • jai@jaigoku says:

    Salam SK dan rakan2,

    Itu semua kebetulan….

    Apa yang kita lihat dan dengar itu telah dikaji oleh mereka terlebih dahulu.. dgn sebab itulah hampir kebanyakannya adalah tepat atau hampir tepat..

    Itulah kebesaran Allah juga dimana manusia menggunakan akal diberikan Allah sebagai agenda mereka untuk kepentingan mereka..

    Ada satu lagi ilmu yang Allah berikan untuk manusia yang ramai manusia tak tahu dan dapat di pelajari iaitu ilmu minda separa sedar (subconcious mind).. ๐Ÿ™‚

  • faizalhassan says:

    Saya setuju 100% dengan saudara SK.
    Al-Quran dan Hadis Nabi adalah rujukan utama bagi setiap bangsa Muslim.Sebarang Ilmu yang bertentangan dengan kedua-duanya WAJIB ditolak secara total.
    ISLAM IS THE BEST AND ALLAH IS THE GREATEST.

  • Salam Tuan Hasrizal

    Betul, itu semua kebetulan…

    Sebenarnya berita-berita baik itu dimuatkan supaya setiap orang suka, apabila diceritakan sesiapa yang lahir pada bulan Mei adalah seorang yang berani, rajin bekerja dan pandai membuat kawan.

    Apabila terdengar perkara seperti itu, kita merasa sangat gembira, walaupun kita sebenarnya ketika ini tidak pandai membuat kawan dan kurang rajin bekerja.

    Tiada sesiapa yang tidak suka dipuji.

    Begitulah kaedaannya.

  • Salam Tuan Faizal Hassan,

    Saya juga setuju dengan Tuan bahawa Al-quran dan Hadis adalah rujukan utama dan mana-mana ilmu yang bertentangan dengan kedua-dua kitab ini harus ditolak secara total.

    SK

  • zulfadli says:

    Saya juga ada ikuti kursus-kursus sebegini..

    Sekarang saya dalam ‘kajian’ untuk melihat sejauh mana kebenaran ilmu sebegini.

    Wallahu ‘alam.

  • Afyan says:

    Salam Tuan SK,

    Tertarik dengan isu yang diutarakan.

    Setakat ilmu pengetahuan saya yang cetek ini, Kalender Hijrah mula diperkenalkan pada zaman khulafa’ ar-rasyidin, dan bukannya daripada wahyu Allah atau pun sunnah Rasul.

    Adapun bulan-bulan Hijrah (Muharam, Safar, Ramadhan, Syawal dll) pula adalah perkiraan berdasarkan kitaran bulan mengelilingi bumi, yang diamalkan sebelum kelahiran Rasulullah lagi.

    Tentang kenali potensi diri melalui tarikh lahir, saya turut meraguinya. Namun untuk mengaitkan isu ini dengan akidah, saya kurang periksa.

    Apapun, pelopor gagasan “kenali potensi melalui tarikh lahir” ini pandai memainkan sentimen persaaan dan psikologi manusia.

    Wallahua’lam.

  • zulfadli says:

    Mungkin Tuan SK boleh merujuk Tuan Mir. Hazil Hazran yang mana beliau ada menerbitkan buku melalui PTS. Beliau juga ada mengggunakan kaedah potensi tarikh lahir ini. Malah beliau juga mempelopori dengan menggunakan tarikh lahir Hijrah.

    Tuan Afyan, kalau yang sentiasa mengiklan di Harian Metro dan TV itu (Dr. Azizan), beliau bukan pelopor. Bidang ini ada susur galur tersendiri di Malaysia. Pelopor bidang ini di Malaysia adalah seorang Cina. Tapi beliau lebih terkenal di Singapura. Beliau ada beberapa orang pelajar Melayu dan mereka inilah yang mengembangkan sedikit demi sedikit bidang ini di Malaysia terutama di kalangan bangsa Melayu. Dulu, ia tidaklah diketahui ramai orang, tapi setelah dibesar-besarkan oleh Dr. Azizan, semakin ramai yang ikut serta.

    Potensi tarikh lahir ini dalam istilah lain ia dipanggil sebagai “human behaviour sciences” atau “human profiling”. Ia bukan bentuk kepercayaan seperti Agama, tetapi ia hanyalah sebentuk kajian sahaja. Setakat yang saya faham, ia bukan menilik nasib. Sekadar ‘satu konsep’ untuk memudahkan mencari jalan keluar sesuatu masalah atau persoalan.

    Saya amat cetek ilmu ini. Biar yang pakar menjelaskannya. Kita lihat dari kedua-dua sisi tanpa terus menghukum. Saya amat suka membaca pandangan daripada semua pihak. Mana yang salah, ia tetap salah. Mana yang betul, kita terima pakai.

    Wallahu ‘alam.

  • Jamal says:

    Semua ilmu yg ada adalah kepunyaanNya, cuma sebagai makhluk kita hanya diberi pinjam dan amanah ke arah memunafaatkannya. Sebilangan yang mendapat ilmu yg sedikit sering mendabik dada bahawa merekalah pakar dan ahli dlm sesuatu bidang, lalu menafikan bidang-bidang lain walaupun mereka ini tidak pernah mengkaji, memahami malah tidak pernah untuk mempelajarinya walau pun ia memberi kebaikan dan menafaat kepada manusia sejagat. Terpulang kepada kita bagaimana cara yang terbaik untuk mengamalkan sesuatu ilmu tersebut. Sekiranya dibawa ke arah yang sesat, maka akan menyesatkan, begitu juga sebaliknya. Fikirkanlah sebaik-baiknya, siapakah kita yang boleh menafikan ilmu-ilmu lain kepunyaan Nya ….

Leave a Reply