Skip to main content

Terima kasih kepada Tuan dan Puan yang telah mencadangkan kepada SK bagi menjayakan kursus-kursus pendek untuk melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran kritikal. Tuan Kamaruzaman adalah individu yang terakhir yang memaklumkan kepada saya petang tadi, bahawa beliau ingin mengikuti bengkel ketampanan sosial dan bercakap di hadapan orang ramai.

SK  di atas landasan perjuangan untuk ‘menginspirasi bangsa’ supaya menjadi insan yang lengkap dan berkualiti akan menjayakan beberapa bengkel pendek.

Antaranya :

1. Ketampanan Sosial

2. Bercakap di khalayak ramai

3. Berfikir secara kreatif

4. Teknik mendorong orang lain dari belakang

dan banyak lagi yang akan di maklumkan  dari masa ke semasa.

Bengkel pendek akan mengambil masa dalam 3 – 4 jam dan caj yang dikenakan adalah RM 58 sahaja. Waktu yang dicadangkan adalah pada hari Sabtu ataupun hari Ahad. Jika diizinkan oleh Allah, bengkel ini akan di adakan pada setiap bulan selepas bulan Oktober 2009.

 

SK akan menghubungi Tuan Latiff Abdullah (Apprentice No. 2) Shamsuddin Kadir Sdn Bhd. Insyaa-Allah beliau akan diberikan tugasan bagi menjaga hal ehwal bengkel pendek.

Leave a Reply