Skip to main content

Ketika ini terdapat lambakan flyer buat duit diletakkan di mana-mana, ada di peti surat  di rumah kita dan ada di dalam inbox emel kita.

Emel-emel ingin jadi kaya, rahsia jadi kaya juga ada di mana-mana, bicara kaya ini juga dapat didengari di kedai-kedai kopi.

Skim-skim perlaburan juga ada di mana-mana sehingga kadang kala buat kita naik rimas, tidak tahu yang mana satu yang betul.

Semua ini adalah dipengaruhi oleh skim mengubah wajah, di mana apabila kita merasakan diri kita hodoh, kita akan terlibat dengan skim-skim tersebut.

Bagaimana kita dapat membebaskan diri kita dari terperangkap?

  • Mendapat nasihat dari orang makan gaji berkenaan panduan menjadi usahawan adalah sesuatu yang berbahaya, kerana dunia orang makan gaji dengan dunia orang bisnes adalah dua dunia yang jauh berbeza.
  • Mendapat nasihat dari kawan yang turut makan gaji dan menceburi dengan bisnes ‘atas angin’ membuatkan kita menangung bebanan di atas nasihat ‘percuma’ itu.

Contoh yang paling mudah adalah, cerita-cerita kejayaan Tan Sri Mokhtar Al-Bukary yang memulakan bisnes dalam perniagaan lembu, membuatkan ramai individu menceburi bisnes lembu sebagai permulaan supaya esok akan berakhir menjadi billionaire seperti Tan Sri.

Walaupun tidak pernah ‘bergaul’ dengan lembu sewaktu zaman sekolah akhirnya membuatkan majoriti dari mereka ‘lingkup’ kerana tidak tahan dengan bau dan karenah haiwan yang bernama lembu.

Bab kedua dalam buku yang ditulis oleh Allah sendiri juga dikenali sebagai ‘Lembu Betina’. Insyaa-Allah dengan membaca maksud ayat dalam  bab tersebut sebahagian besarnya menjawab lambakan skim-skim ini.

Leave a Reply