Skip to main content

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

SK akan membicarakan tentang analisis puasa di MHI pada 27hb Ogos 2009 bertajuk ‘Bajet Puasa’. Bicara lebih kepada bagaimana kita telah menguruskan bajet untuk bulan puasa. Selama seminggu kita berpuasa berapa banyak duit yang kita belanjakan setiap hari.

Adakah ianya melebihi dari apa yang kita jangkakan?

6 Comments

  • Tip daripada Dato Dr Hassan Ali ketika khutbah Jumaat di sini. Keperluan membeli di bazar Ramadan seeloknya pada awal waktu. Kerana hampir pada waktu berbuka (lapar) maka keputusan membeli sangat mengikut selera.

    —-

    Luar topik.

    Satu idea yang menarik iaitu iklan di TV yang menunjukkan satu keluarga pergi ke rumah anak yatim meraikan dan berbuka puasa di sana. Dapatkah ia dikaitkan dengan kesedaran dan sikap terhadap bajet puasa?

  • Satu tip lagi saya perolehi ketika menjadi pembantu koresponden Islam Online, membeli pakaian perayaan di dalam kampus jauh lebih murah berbanding di luar berdasarkan temuramah saya dengan seorang pekedai di sebuah IPTA. Mungkin dapat dibuat tawar menawar yang jauh lebih tinggi berbanding di luar sana.

  • jai@jaigoku says:

    Salam Tuan SK, Tuan Zamri dan rakan2,

    Pada saya, rancang dahulu menu yang ingin di buat berbuka puasa jangan lebih dari 2 menu. Tetapkan hati kerana pengalaman mengajar kita dimana nafsu untuk membeli pelbagai juadah itu akan lebih membakar apabila kita pergi ke pasar ramadhan dan akan membuat pembaziran dari segi wang dan makanan.

    InsyaAllah, jika kita tetapkan hati untuk berbuka dengan apa yang ada, kita akan lebih berjimat di bulan Ramadhan ini. ๐Ÿ™‚

    Hairizal a.k.a Jaigoku
    http://www.h2jbiz.com
    http://www.glowglokal.biz

  • Salam Tuan Zamri Mohamad

    Terima kasih di atas perkongsian yang amat bermakna. Membeli ketika kurang lapar membuatkan kita membeli kurang berbanding ketika kita benar-benar lapar.

    Ya, bagus pemilihan iklan yang Tuan cadangkan itu, saya juga tidak perasan kesan berkenaan dengan bajet sebelum Tuan mengulasnya.

    SK

  • ijamidayu says:

    sALAM TUAN,

    THANKS KERANA BERKONGSI DENGAN KAMI DI PAGI HARI.. BERKESEMPATAN JUGA MENONTON TUAN DI TV. ASIK MISS JERK… ๐Ÿ™‚

  • Salam Tuan Ijamidayu,

    Terima kasih Tuan, semoga ianya memberikan kita satu lagi pandangan dalam melalui kehidupan di atas muka bumi yang sementara ini.

Leave a Reply