Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kepada Tuan dan Puan yang sedang membuat edaran emel secara besar-besaran bagi memasarkan skim-skim cepat kaya bagi mencari duit raya, jangan melampaui adab-adab memasuki rumah orang lain.
Menghantar emel-emel secara besar-besaran bagi meraih pulangan yang besar itu adalah bagus, tetapi adakah ianya bagus untuk setiap individu yang menerima emel tersebut?
Apabila kita membuka emel dan di dalam inbox ada 15 emel baru, ada juga rakan SK yang mendapat 100 emel baru setiap hari yang 99% daripada individu yang ingin menjadi kaya.
Pemilik emel terpaksa menghabiskan masa yang berharga untuk membuang ‘delete’ emel-emel dari tetamu yang tidak menghormati Tuan Rumah (pemilik alamat emel).
Tahun lepas SK sempat menghadiri satu dari kursus ‘Email Marketing’ dan apa yang SK terkejut, trainer berkenaan sebenarnya mengalakkan kita hanya menghantar emel kepada tetamu yang kita kenal sahaja. Sama ada tetamu itu pernah berkunjung ke kedai (Real ataupun online) kita ataupun kita pernah bertemud dengan mereka. Emel yang dihantar ke individu yang kita tidak tahu langsung, membuatkan penerimanya merasa tidak selesa, malah semakin ‘benci’ untuk melayari laman web yang dicadangkan.
Tentukan emel yang dihantar itu kepada target sasaran yang betul. Jangan bazirkan masa orang lain dengan emel yang tiada kaitan langsung dengan minat dan keperluan Tuan Rumah.
Apabila semakin ramai individu dapat menguruskan ‘diri’ dengan baik, semakin kurang keperluan diri yang diluar batasan kehidupan.
Kita hidup di dunia berdasarkan garis panduan yang Allah telah tetapkan.