Asm En Shamsuddin ,
Alhamdullilah saya telah pun selesai menyelesaikan hutang -hutang saya satu persatu sebagaimana yang dicadangkan oleh Encik Sahmsuddin dahulu. Memang hati pun bertambah tenang. Sekarang saya sedang berusaha kuat untuk menjual rumah saya yang telah menjadi liability sejak 5 tahun yang lalu. Agak mencabar juga usahanya… Insyaallah mudahan Allah akan sentiasa permudahkan.
Agak lucu juga ..ini saya nak bercerita. semasa saya sibuk hendak membuat early settlement kepada personal2 loan saya tempoh hari..
Pegawai bank itu bertanya ” kenapa Dr nak buat early setlement? saya jawab ” kenapa ?” jawabnya lagi ” ialah biasa nye jarang orang buat early settlement sekarang lebih-lebih lagi nak raya ni…”
jawab saya” Hmm kalau saya tak buat nanti bank akan keuntungan!” macam-tulah jawab saya..
lalu jawabnya “tak lah tak banyak yg kita ambil…bla bla…” lalu phone saya pun berbunyi..Dalam hati saya berkata….apa beza raya ni dengan hari hari lain? dan dalam masa 5 tahun bank akan mengambil duit saya sebanyak RM5 ribu…hmm banyak tu….siapa nak bagi..
Itulah kan En shamsuddin bank ni kalau nak kita berhutang mudah dan manis kan. Itu yang buat ramai terpedaya.
wasalam
Dr. ABC (bukan nama sebenar)
_______________________________________
Walaikummusalam Dr. ABC,
Semoga Allah sentiasa memberi kebaikan yang datang mendadak kepada Puan dan disinari dengan cahaya kenikmatan sepanjang hayat.
SK hanya mampu bersyukur apabila Dr. mengambil jalan ketenangan. Jalan yang memberi kita bernafas tanpa perlu dibebani dengan bebanan hutang yang tidak perlu.
SK masih tidak dapat melupakan keperitan peserta-peserta yang mengikuti kursus panduan mengurus wang gaji di Majlis Perbandaran Kajang pada 12 dan 13 Ogos 2009 yang lalu. Majoriti dari peserta adalah dari kumpulan kerana dan pra. Gaji mereka adalah di peringkat minimun, tetapi sebahagiannya telah dililit oleh bebanan htuang yang amat banyak.
Semoga Allah memberi kekuatan untuk mereka bagi mengikuti langkah-langkah yang dipelajari, supaya mereka dapat membebaskan diri dari barah kewangan itu.
Dengan berita gembira dari Dr. sekurang-kurangnya memberi nafas baru kepada SK bahawa mereka juga akan menjejaki langkah Dr. Amin.
Penyanyi Rabani saudara Asri sudah berada di Taman Barzakh, kita masih dalam perjalanan ke situ. Mati tidak menunggu sehingga kita dapat menyelesaikan hutang yang tidak perlu.
SK doakan Dr. tabah dan diberikan peluang oleh Allah bagi menjual rumah tersebut.
Mohon maaf kerana tidak menawarkan sebarang minuman ketika pertemuan kita di pejabat saya awal bulan Julai yang lalu.
Shamsuddin Kadir
Emel: info@shamsuddinkadir.com