Salam semua
Jutaan terima kasih kerana sudi menjenguk ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan berkongsi berbagai-bagai formula yang bijak-bijak. Saya rasa hidup saya diberkati oleh Allah kerana dalam masa 3 minggu ini kerana saya telah dipertemukan dengan orang-orang yang hebat yang memberi kesan positif sehingga ke hati saya.
Pertama, saya dipertemukan dengan Dato’ Haji Fadzilah Kamsah dengan slotnya muhasabah diri dengan Tuhan.
Kedua, saya dipertemukan juga dengan motivater iaitu Haji Mohd Hanim Mohd Tahir dengan slotnya muhasabah diri dengan pasangan dan rakan sekerja.
Ketiga, saya dipertemukan dengan Shamsuddin Kadir dengan slot muhasabah kewangan.
Dan semalam, saya dipertemukan dengan Farizan Taju Ariffin untuk slot muhabasah bekerja dalam kumpulan.
Kesempatan ini, saya mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesungguhan tuan-tuan membimbing saya dan rakan-rakan untuk menjadi insan yang lebih baik.
Saya mendoakan agar Dato’ Haji Fadzilah Kamsah, Haji Mohd Hanim Mohd Tahir, Shamsuddin Kadir dan Farizan Taju Ariffin (Hanis & Ans) akan sentiasa diberikan kesihatan yang hebat, kekuatan yang luar biasa baik untuk membantu membimbing orang dan sentiasa diberikan pahala oleh Allah swt di atas segala tindakan yang dilakukan.
Saya berharap dapat dipertemukan lagi dengan kalian untuk mendengar lagi formula-formula hebat dari kalian.
Jutaan terima kasih!
Pn Roziana Shafiee
Bahagian Pengurusan Akademik
Universiti Malaysia Pahang
—————————-
Salam Puan Roziana Shafiee,
Semoga Allah sentiasa mengurniakan kepada Puan dengan kebaikan yang datang mendadak. Amin.
Insyaa-Allah kita akan bertemu lagi di UMP apabila kursus Dimensi Pekerja di adakan di sana.
Terima kasih di atas doa dan sokongan yang diberikan.
Saya sempat minum secawan kopi bersama Tuan Haji Hanim di Lapangan Terbang Kuantan sebelum kami berangkat ke Kuala Lumpur. Beliau ketika itu baru habis menjayakan kursus di salah satu daerah di Pahang (saya terlupa nama tempat itu). Tuan Haji Hanim sempat melontarkan aura-aura luar biasa beliau sewaktu kami sedang menaiki anak tangga kapal terbang.
Shamsuddin Kadir
Emel: info@shamsuddinkadir.com