Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Apabila kita mengalami situasi kritikal dalam kehidupan, perkara utama yang kita perlu ketahui adalah apa puncanya?. Cari sehingga akar umbi yang menyebabkan kita berada di dalam situasi berikut. Antara cara yang mudah adalah bagi mendapatkan khidmat kaunseling, sama ada secara percuma ataupun yang berbayar. Berdasarkan kepada kelayakan dan pengalaman yang mereka ada, ianya memudahkan kita bagi mengenalpasti apa yang menjadi puncanya.
Banyak individu yang saya temui selama ini banyak berada dalam situasi yang tidak selesa disebabkan oleh kesempitan hidup yang berpunca dari duit. Apabila diselidik bukannya mereka itu tidak memiliki pendapatan, tetapi perbelanjaan mereka itu yang jauh lebih besar dari pendapatannya.
Ada banyak kebenaran kata-kata seorang guru di Teluk Intan kepada saya baru-baru ini, bahawa, orang yang memiliki dan mengunakan kad kredit, adalah orang yang tiada duit. Orang yang ada duit mereka tidak perlu berhutang.
Kenal pasti dahulu perjalanan hidup yang bagaimana kita ingin miliki, lakarkan kasar terlebih dahulu dan kemudiannya diperincikan supaya kita dapat menyediakn peta lengkap bagaimana untuk sampai ke destinasi yang dituju.
Wujudkan prinsip-prinsip hidup yang menjadi asas bagi menentukan sama ada kita perlu berlanja ataupun sebaliknya ke atas setiap barangan ataupun perkhidmatan yang dipertontonkan kepada kita.
Kita kecewa apabila kita menfokus kepada wang yang tidak cukup, sedangkan poket kita itu sebenarnya bocor. Seperti mana apabila paip air kita bocor, kita terpaksa membayar lebih dari apa yang kita gunakan.
Periksa paip kita itu, pastikan ianya tidak bocor di tengah jalan.
Shamsuddin Kadir (SK)
Salam Tuan SK,
Ya, saya amat setuju dengan pendapat tuan.
Ramai dikalangan kita pada hari ini tidak menyedari hakikat ini..mereka terpaksa bayar lebih daripada apa yang mereka perlukan..
Salam Tuan Thinkerich,
Itu salah satu sebab, kenapa adanya sebahagian kakitangan swasta dan awam suka melibatkan diri dengan ‘skim cepat kaya’. Apabila mereka bangun tidur duit ribu-ribu ringgit sudah masuk ke dalam akaun mereka.
Salam Tuan SK,
Thanks berkongsi dengan kami.. Betol la.. Jika kita dok FOKUS duit tak cukup tanpa perhatikan belanja kita. Pasti samapai bila pun tak cukup duit kita..
Salam saudara Ijamidayu,
Ini yang menjadi antara penyebab utama ramai pekerja menyibukkan diri mencari peluang buat duit sama ada melalui skim cepat kaya dan cara lain.