Skip to main content

Dilema masyarakat pada hari ini adalah memilih bahan maklumat sama sama ada melalui media cetak, elektronik & internet.

Pemilihan apa yang ingin dimasukkan ke dalam minda menjadi penentu sama ada kita menjadi bertambah berkualiti ataupun sebaliknya.

Jika yang masuk ke dalam kepala kita adalah sampah, maka  yang keluar dari kita juga sampah dan kita juga dikenali sebagai pusat sampah.

Ada juga majalah yang memuatkan informasi-informasi yang bertaraf kayangan ataupun bersesuaian untuk dikhayalkan tetapi bukan untuk dinikmati. Apabila kayalan itu diterjemahkan ke dalam realiti ianya bukan sahaja mengosongkan ‘wallet’ kita ianya juga menambahkan lagi hutang yang terpaksa kita tanggung.

Antara informasi berkenaan hiasan dalam rumah yang ‘over’ sebenarnya adalah antara penyebab duit kita dihabiskan bagi membeli hiasan yang bukan sahaja membuat kita semakin miskin tetapi juga membuatkan kebahagian rumahtangga tergugat.

Contohnya, hiasan dalam rumah dengan bunga-bunga kering tergantung di dinding adalah berlawanan dengan citarasa lelaki iaitu suami. Ianya menambahkan lagi kadar tekanan suami. Hotel-hotel yang ada di luar sana di reka berdasarkan kepada citarasa lelaki, kerana mereka adalah kumpulan terbesar yang mendiami hotel terutama berkaitan dengan urusan bisnes.

Di dalam bilik-bilik hotel tidak ada bunga-bunga yang digantung-gantung di dinding bilik, dan majoriti bilik tidak dipenuhi dengan bunga-bunga.

Kain cadar untuk katil dan selimut yang ada di hotel tidak sama dengan apa yang ada di sebahagian rumah yang mengikuti gaya hidup ‘hiasan dalaman’ yang dipaparkan di dalam setengah media.

Semoga semakin banyak media yang menawarkan hiasan dalaman berkonsepkan realiti dan memenuhi keperluan suami dan isteri.

Jangan jadikan hotel sebagai rumah kedua suami kita, kerana tidak selesa dengan kain cadar yang beropol-ropol (Mungkin tersilap ejaannya) dan hiasan yang tidak memenuhi citarasa lelaki.

Begitu juga dengan langsir, lampu-lampu hiasan.

Pilih media yang memahami citarasa hidup berkeluarga dnegan  mengambil kira citarasa lelaki seperti apa yang disediakan di kebanyakan hotel yang mengambil kira citarasa lelaki.

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

3 Comments

  • ashraflatif says:

    Saya pernah menginap di hotel yang ada hiasan dinding. Saya turunkan semuanya, letak di balik almari 🙂

  • Hotel berkenaan belum mengetahui bahawa hotel perlu didesain mengikut citarasa lelaki. Tuan mengesahkan lagi kajian yang dibuat oleh pengkaji-pengkaji.

    Sehingga hari ini, masa ada hotel yang tidak memenuhi citarasa lelaki, akibatnya pemilik hotel berkenaan mengambil risiko tinggi, di mana pengunjung lelaki akan beralih ke hotel lain.

  • Ainur68 says:

    Eh..betul lah, tak perasan lah pulak saya. Thanks for the info.

Leave a Reply