Skip to main content

Selamat Pagi Tuan Sham,

Saya AS (bukan nama sebenar) berumur 26 Tahun
Saya ingin meminta nasihat kewangan daripada Tuan Sham. Saya bercadang untuk membeli kereta kancil ( secondhand) kos sekitar RM 5 ribu untuk diguna pakai semasa hujan dan kecemasan. Sekarang saya memandu motosikal ke tempat kerja.  Saya bercadang utk mengambil keluar duit simpanan saya dlm ASB. Sekarang duit saya dlm simpanan itu lebih kurang 45 ribu.

Adakah saya patut mengambil keluar duit itu untuk membeli kereta ( RM 5 ribu) atau saya patut meminjam duit dari ibu bapa dan membayar mereka balik secara ansuran bulanan.
Sekarang saya bekerja di syarikat swasta pendapatan sederhana saja dalam 2 ribu lebih. Saya mempunyai tanggungan spt PTPTN, insurans nyawa dan pelaburan jangka panjang di EG  (bukan nama sebenar) insurans ( bayaran kesemuanya setiap bulan sekitar RM 690) 

Harap Tuan dapat memberi cadangan dan nasihat kepada saya.
Berbanyak terima kasih
AS (Bukan nama sebenar)

—————————-

Salam sejahtera Tuan AS

 

Gunakan  sebahagian dari duit simpanan itu bagi membeli sebuah kancil terpakai itu secara tunai. Tidak perlu meminjam dari ibubapa.

Tentang perlaburan jangka panjang dalam insurans, no komen, SK kurang arif dalam memberi pandangan berkenaan dengan skim ataupun pakej Insurans yang diambil itu. Tuan boleh mendapatkan nasihat dari beberapa individu yang ada kepakaran dalam bidang berkenaan, sebaiknya bukan dari individu yang ada kepentingan terhadap keputusan yang kita akan buat.

Tahniah kepada Tuan kerana ada disiplin yang bagus. Saya doakan Tuan cepat menjadi orang yang lebih kaya supaya lebih banyak derma yang Tuan boleh hulurkan kepada kepada orang yang miskin.

Shamsuddin kadir

 

5 Comments

  • Afandi says:

    Salan Sham,

    Apa pendapat tuan tentang pelaburan dalam ASB? No doubt pulangannya memuaskan, tapi bagaimana dengan isu adakah ia menepati kehendak syariah?

  • Salam Tuan Afandi,

    Jawapan berkenaan ASB akan saya terbitkan sekali lagi di halaman ini esok, Rabu 29 Julai 2009.

  • Thinkerich says:

    Hmmm…jumlah yang agak besar bagi AS(bukan nama sebenar) sediakan dalam membentuk perlindungan kewangannya…

    Bayaran caruman sekitar RM690 sebulan bagi seorang yang belum berkeluarga (sekiranya belum) adalah terlalu besar…

    Saya sarankan saudara AS dapatkan nasihat Perancang Kewangan (bukan agen takaful/insuran) yang berkelayakan untuk semak semula berdasarkan keperluan AS yang sebenar…(mungkin caruman tersebut diambil sebelum ini berdasarkan cadangan daripada agen…)

    Harap dapat membantu

  • Thinkerich says:

    Hmm… saya berpandangan caruman RM690 untuk seorang yang belum berkeluarga (sekiranya belum) suatu jumlah yang agak tinggi..

    Cuba dapatkan pandangan Perancang Kewangan yang berkelayakan untuk kaji semula berdasarkan perlindungan kewangan saudara AS…

    Ingat Perancang Kewangan yang bertauliah, dan bukannya agen insuran/takaful yang hanya ingin menjual produk mereka..ada segelintir daripada mereka kurang telus dan ‘bias’

    Mungkin kerana mereka hanya berniat untuk menjual dan mendapatkan komisyen dan bukannya cuba memenuhi matlamat kewangan saudara AS..

    Harap dapat membantu.

  • Susah untuk mendapat khidmat Perancangan Kewangan yang tidak ada kepentingan, walau bagaimanapun mereka yang tidak ‘bias’ itu penting bagi membantu kita memberi pandangan yang baik.

    SK

Leave a Reply