Gerai Jualan buku oleh penulis bermula pada hari ini, Sabtu 25 Julai 2009. 40 orang penulis telah menyertai aktiviti jualan buku yang dianjurkan oleh Perpustakaan Negara.
Antara penulis lain yang turut hadir antaranya adalah
1. Tuan Hamdy (Rancang Hidup Rancang Wang),
2. Dr. Lim Swee Tin (Saya suka dengan bicaranya setiap kali ke udara di MHI, TV3)
3. Tuan Abdul Razak (Penulis Buku Hanya Tuhan Yang Tahu, Homestay dan Taman Botani)
4. Penulis buku Pemburu Mimpi
5. Puan Norzailina Nordin (Penulis Novel dan buku masak)
6. Tuan Uthaya Sankar (Pernah menjadi pengulas suratkhabar di RTM1)
7. Dato’ Abdul Rahim (Penulis buku Reflections of Educator)
8. dan banyak lagi penulis lain…
Esok, Ahad 26 Julai 2009 adalah hari terakhir bagi Tuan dan Puan yang ingin membeli buku secara terus dari penulis dan juga dapat beramah mesra dengan 40 penulis tanahair yang berhimpun di Perpustakaan Negara.
Ini adalah masa bagi kita termasuk juga penulis mengenali penulis-penulis lain secara lebih dekat. Secara amnya, SK sendiri belum pernah melihat kebanjiran penulis seramai ini ketika di Pesta Buku Antarabangsa.
Gerai no. 25, iaitu gerai buku tulisan SK ditawarkan diskaun sebanyak …% siap dengan personal autograf.
Terima kasih kepada semua tetamu halaman www.shamsuddinkadir.com yang hadir pada hari ini. Saya tidak mampu bagi menyatakan nama.
Terima kasih kepada Timbalan Pengarah Perpustakaan Negara yang hadir bersama keluarga ke Gerai SK.Terima kasih juga kepada Puan Maizan Ismail (seorang dari pengarah Perpustakan Negara) yang turut berkunjung ke Gerai SK.
Gambar di atas adalah saudara Muzammil yang kini merupakan seorang dari tim (team) SK bagi projek training di bawah Ultra Mind Resources. Beliau juga merupakan seorang usahawan dalam bidang kejuruteraan.
Terima kasih kepada Penulis Novel dan Memasak, iaitu Puan Norazalina Nordin yang sudi menghadiahkan 5 cup cake buatan sendiri kepada SK.
Lokasi gerai oleh penulis adalah di tingkat 1 (ruangan hawa dingin) dalam perpustakaan negara.
Shamsuddin Kadir
Emel: info@shamsuddinkadir.com