Skip to main content

Semakin banyak suami yang tertekan disebabkan oleh kesilapan mereka menguruskan wang ataupun duit gaji. Mereka dibebani dengan ansuran kereta, rumah, pinjaman peribadi dan lain-lain. Ada yang masih tidak merasakan mereka sebenarnya telah terperangkap. Ada yang merasakan kos sara hidup yang menjadi dalangnya. Ada yang berpendapat majikan mereka zalim kerana memberi gaji yang tidak banyak.

Isteri juga banyak yang menjadi teman yang membebankan suami, di mana mereka juga menangung bebanan hutang dengan mengambil pinjaman itu dan ini.

Akhirnya suami mengambil jalan singkat dengan melibatkan dengan ‘bisnes atas angin’ dengan melibatkan diri dengan urusniaga ataupun transaksi yang diheboh-hebohkan sebagai penyelesai masalah. Mereka terpikat dengan janji, ‘bukti’, kereta-kereta besar dan juga gambar-gambar kereta besar yang dipamerkan oleh penyedia bisnes ‘bebas kewangan’.

Di sini, banyak isteri yang  menjadi tertekan, dengan kehidupan mereka sebagai pasangan. Suami juga bertambah tertekan apabila bisnes ‘bebas kewangan’ yang dijanjikan itu hanyalah khabar-khabar yang sudah meninggalkan mereka.

Gaji hanya boleh diuruskan dengan kemahiran supaya ianya tidak membebankan kita sekeluarga. Membaca bacaan ringan tidak mampu meningkatkan kualiti hidup kita.

Rancang hidup dengan kemahiran kewangan.

Leave a Reply