To: info@shamsuddinkadir.com [Tuesday, June 23, 2009 4:30 PM]
Salam Tuan Shamsuddin.
Saya baru melangsungkan perkahwinan saya pada 20 Jun 2009 yang lalu di Permatang Pauh, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Yang mengembirakan saya dan suami kami mendapat hadiah perkahwinan dari sahabat saya dari Shah Alam yang berupa 4 buah buku yang kesemuanya adalah hasil penulisan tuan, Buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang, Makan Gaji Tapi Kaya, Kaya dengan Rumah dan Buat Duit Dengan Rumah.
Hari ini setelah habis membaca buku pertama Hidup Tenang Walaupun Berhutang, saya merasakan hadiah beliau merupakan Hadiah Yang Paling Berharga untuk saya dan suami. Buku-buku tuan yang lain akan kami baca mengikut turutan yang beliau tulis di atas buku-buku tersebut. Buku kewangan seperti ini jarang orang menghadiahkan kepada pengantin-pengantin. Ini satu langkah yang bijak dan paling baik yang dilakukan oleh sahabat saya.
Syabas Tuan Shamsuddin, buku tuan cukup hebat dan mudah difahami. Ilmu yang tuan sampaikan di dalam buku tersebut tersangatlah baik dan boleh dijadikan pedoman dalam pelayaran hidup ini. Terima kasih tuan.
Shadina Azmi
Permatang Pauh, Pulau Pinang
——————————-
Waalaikummusalam Cik Puan (Gelaran untuk wanita bercita-cita tinggi) Shadina,
Alhamdulilah di atas minat membaca yang amat mendalam dalam diri Cik Puan dan Suami. Semoga ianya berterusan bagi mencari dan membaca buku-buku yang memberi manfaat sepanjang hayat dan diwarisi oleh zuriat keturunan. Amin.
Semoga Puan juga boleh meneruskan amalan mulia ini dengan menghadiahkan buku-buku bermanfaat walaupun senaskah (bergantung kepada bajet) kepada pasangan lain yang baru mendirikan rumahtangga.
SK mendoakan Puan sekeluarga sentiasa mendapat rahmat dari Allah sepanjang hayat.
Pesanan SK hanya satu, jagalah perkahwinan (marriage) itu dengan sebaiknya iaitu dengan banyak membaca buku-buku tentang kekeluargaan, konflik rumahtangga, dan juga banyak bertanya kepada orang yang lebih dahulu makan garam daripada kita. Insyaa-Allah dari ilmu yang diperolehi dari masa ke semasa, Puan akan sentiasa berada di bawah payung Ilahi. Amin.
Untuk maklmuman semua, Puan Shadina adalah pasangan ketiga yang menyatakan bahawa buku-buku itu adalah hadiah yang paling berharga pernah diterima oleh mereka sewaktu melangsungkan perkahwinan.
Satu idea yang baik menghadiahkan buku yang bermutu tinggi.
Jadi,jangan asyik nak hadiahkan pengantin dengan pinggan-mangkuk aje.
Kena tukar tektik baru yang lebih informatif.