Sehingga kini, SK banyak menerima emel dan juga pertanyaan berkenaan bagaimana untuk menjana pendapatan ekstra. Pertanyaan yang biasanya diterima oleh individu yang ‘makan gaji’.
Adakah kerana gaji mereka kecil ataupun kos sara hidup mereka tinggi ?
Ada ayat yang biasa kita dengar iaitu “Kalau ingin senang, makan gaji, kalau ingin kaya buat bisnes”. Itu kata-kata yagn biasa didengari.
Orang Cina banyak yang berniaga kerana simbol ‘pekerja’ dalam tulisan Cina menunjukkan, satu gari lurus yang melintang yang bermaksud, kita tidak boleh lagi naik kerana ada halangan, kecuali dengan keluar dari makan gaji.
Bagi SK, kedua-dua cara mencari rezeki adalah baik dan bagus. Ianya bergantung kepada cara kita memaksimunkan kemahiran yang kita ada. Apabila kita ada kemahiran kritikal seperti dalam kursus Dimensi Diri & Dimensi Pekerja yang SK anjurkan pasti ianya adalah jalan paling mudah untuk kita menikmati kehidupan semaksimun yang boleh.
Makan gaji dengan cara mengurus wang secara berhemah, aplikasi beberapa kemahiran kritikal membantu kita mencapai apa yang kita inginkan dalam kehidupan, walaupun kita masih kekal sebagai pekerja.
Bisnes bukannya bermaksud kita dapat buat duit banyak apabila kita memasuki dunia bisnes. Orang yang sebenarnya berjaya dalam bisnes adalah orang yang memasuki bisnes bukan kerana duit tetapi kerana kebebasan. Antara individu yang kita dapat lihat yang mencari kebebasan adalah Bill Gate, Michael Dell, dan banyak lagi insan. Ada juga yang memasuki bisnes kerana perjuangan dan semangat untuk memberi peluang pekerjaan kepada orang lain. Ini antara faktor yang menjayakan sesebuah bisnes itu.
Sebagai individu yang makan gaji, kita masih boleh hidup senang dengan :
-
Urus Wang Gagi secara di luar kotak
-
Labur dalam Hartanah guna duit orang lain
-
Labur dalam saham yang berkaitan seperti unit amanah.
-
Menjadi pekerja yang bertaraf ahli bisnes dengan mengikuti kemahiran di luar kotak
Seorang yang bertaraf kerani, dengan usaha yang rajin dan berkat kurniaan Allah, beliau memiliki dividen tahunan sebanyak RM 100,000 +++ . Kini beliau berumur 30 an.
Shamsuddin Kadir
Emel: info@shamsuddinkadir.com
B
Salam Encik SK,tajuk ni memang menarik,bagaimana caranya seorang kerani ini bermula,
adakah semasa dia mula-mula bekerja dan dia sudah mula menyimpan? Tentu maklumat ni bagus
disalurkan khasnya rakan sekerja yang baru mula ke alam makan gaji…
Terima kasih atas perkongsian ini.
Salam saudari MT,KK,
Apabila beliau mula bekerja, beliau membuat bedah siasat tentang bagaimana keadaan hidupnya apabila terus menerima gaji sebanyak itu apabila sudah berumahtangga dan tua. Dengan membuat bedah siasat yang terperinci. Beliau akhirnya membuat beberapa peraturan iaitu. Beliau membawa air masak dari rumah ketika ingin masuk ke pasaraya. Beliau hanya membeli diaper berjenama pasaraya ataupun yang murah. Sekali beli untuk stok 3 – 6 bulan sewaktu harga sales.
Itu sebahagiannya.
Contoh mudah yang orang jarang mahu buat (mungkin ego atau malas, tapi kata nak duit): Jual burger waktu malam.
1 hari 50 biji X RM 3 = RM150.
Untung kasar RM80 – RM30 (bayar upah budak yang jaga, saya tak suruh anda jaga) = RM50 (bersih sehari)
RM50 X 26 hari = RM1,300 sebulan. Itu satu gerai. Kalau anda ada 5 gerai? Start lah dengan 1 gerai dulu. Sabar, usaha & tawakal. Jom terus menggilai dunia usahawan.
Kes jual burger tu, satu contoh. Banyak lagi jenis perniagaan lain yang anda boleh terokai. Berfikirlah sebagai seorang usahawan, walau pun hanya jual burger. Anda hanya monitor, buat kaji selidik kawasan tu ok ke tak, macam mana nak promosi (macam bos la…), yang buat kerja, upahlah budak-budak muda kat situ. Dari diorang melepak tak tentu pasal, baik diorang melepak kat kedai burger anda, jual burger anda dan dapat upah RM30. Boleh ke?…
Salam Tuan SK dan rakan2,
Sebab itulah perlu pergi seminar keusahawanan. Pada 5hb Julai nanti Tuan SK akan ke UTHM Batu Pahat, Johor.
Nak tahu lebih lanjut, perlu klik laman web ini:
http://www.h2jbiz.com
salam,
Tuan SK saya terlalu baru dlm dunia blog n forum dan baru mendaftar sebentar tadi. saya banyak membaca soalan-soalan dari pembaca dan tertarik dgn jawapan dalam laman web tuan, dimana tempat yang sesuai untuk saya menghantar soalan?
t kasih
salam sahabat,
pada pendapat saya, dalam menuju impian kita (yang selalunya 10 tahun yang lepas, tak lepas-lepas lagi capai) ada 2 kaedah;
i. Simpanan
Daripada simpanan/jimat cermat, anda juga boleh menikmati impian anda, tetapi sebenarnya anda menghadkan perbelanjaan/keperluan harian anda.Tetapi anda perlu ingat, timeline yang perlu anda tempuhi untuk memdapatkan impian anda itu, mungkin 1 bulan, 2 bulan, 6 bulan, setahun…anda tentukan sendiri dengan perancangan kewangan anda.
ii. Perniagaan – pelaburan – Pendapatan sampingan
Jika anda dapat peluang untuk menjalankan bisnes part-time, perkara-perkara seperti; masa, tenaga dan keluarga pula kena ambil kira. Jangan sehingga mengganggu kerja harian anda, kerja tetap 8 jam, lepas tu mula mencari extra income. Pastikan jangan kerja/niaga sambilan anda menjejaskan kerja tetap anda. anda perlu bijak mencari peluang dalam mmperolehi income ini. Ini semua memerlukan perancangan dan SATU SISTEM KERJA yang sesuai bagi anda yang bekerja tetap.
Saya setuju pendapat tuan, pekerja makan gaji boleh hidup senang dgn 4 perkara di atas. Dalam memperolehi sesuatu, anda perlu tahu, JANGAN SESEKALI meniru @ ikut orang. jika lihat A berjaya dgn program …. , follow , then, anda sendiri akan terasa satu cabaran yang besar dalam menghadapi program itu. ‘follow your instinct’. Lakukan apa yang anda anggap seronok, enjoy untuk lakukan.
saya pernah mengikut rentak orang dalam mencari extra income, tetapi sebenarnya, tak ‘fun’ pun bagi saya…akhirnya, saya menemui satu jalan/peluang yang membuatkan saya ‘fun’ buat kerja tersebut.
saya berharap, agar pembaca blog ini dapat satu ilmu, panduan dalam melangkah satu kehidupan yang lebih baik dalam diri anda sendiri!
salam persahabatan
amen ec
pantai dalam
017-3237361
FB : amendvinfo@usahawan.net.my