Skip to main content

Isu ini sentiasa kita dapat lihat dan dengar dalam masyarakat kita seharian. Sama ada ada di antara kita yang mengatakan seseorang bodoh ataupun ada seseorang yang mengatakan kita bodoh.

  • Membeli kereta secara tunai dikatakan tindakan bodoh dan ada yang mengatakan bijak.
  • Membeli kereta secara berhutang dikatakan bijak dan ada yang mengatakan bodoh.
  • Tidak menukar kereta lama yang sudah 8 tahun kepada yang baru dikatakan bodoh & ada kata bijak.
  • Membeli rumah tanpa mengunakan pembiayaan maksimun oleh bank dikatakan bodoh & ada kata bijak.
  • dan banyak lagi.

Tuan dan Puan yang dimuliakan. Amat susah bagi kita menentukan sama ada sesuatu langkah itu sama ada langkah bijak ataupun kurang bijak. Ianya bergantung kepada sejauh mana ilmu dan pengalaman yang kita ada. Mengikut kajian orang yang banyak membaca, bertanya dan mengkaji adalah di antara  individu yang sentiasa mendapat manfaat terbaik walaupun orang lain mengatakan tindakannya itu bodoh.

Contoh membeli kereta secara tunai di katakan bodoh oleh setengah pihak, tetapi bagi setengah pihak lagi, membeli kereta secara tunai ketika berkemampuan adalah suatu langkah bijak. Yang pertama menjauhi berhutang yang menjadi amalan orang yang tidak berkemampuan, kedua bebas dari menangung hutang, ketiga sentiasa tenang dan keempat jimat dari menangung keuntungan bank.

Membeli barangan secara tunai adalah langkah bijak bagi setengah individu, manakala individu lain melihatnya sebagai satu langkah yang kurang bijak. Kita boleh melihat dari banyak perspektif.

Orang yang melihat kepada bahayanya berhutang mengikut ajaran agama sudah pasti melihat hutang itu sesuatu yang perlu dielakkan jika berkemampuan.

Orang yang melihat bagaimana dengan berhutang itu dapat membantu kita memiliki apa yang kita tidak mampu hari ini mengatakan ianya satu langkah bijak.

Apabila sesuatu terjadi kepada kita, kadangkala sangkaan kita itu berubah. Ada juga sangkaan kita itu berubah sebelum sesuatu terjadi kepada kita, iaitu ketika kita berguru ataupun membaca buku. Sangkaan yang berubah sebelum ianya menjadi musibah kepada kita adalah sentiasa pilihan terbaik bagi individu yang tidak ingin menangung risiko, bebanan ataupun hutang yang tidak perlu.

“Aku ingat kau yang bodoh, rupa-rupanya aku yang cerdik” Antara kata yang SK tidak dapat lupakan apabila melihat seorang graduan universiti berkata kepada sahabatnya pada sekitar tahun 1992.

Ini bukan zaman kita mengatakan orang lain bodoh. Ini zaman kita saling memperbaiki diri kita supaya kita sama-sama semakin bijak. Yang bodoh adalah diri kita sendiri sebelum ini.

“Semakin aku belajar (menuntut ilmu) semakin aku kenal akan kebodohan diriku” Itu kata Iman Syafie.

Shamsuddin Kadir (SK)

Trainer, Author, Reader & Listener

Ultra Mind Resources

Emel: info@shamsuddinkadir.com

Leave a Reply