Skip to main content

Informasi di bawah dihantar ke emel saya. Tajuk emel itu juga saya cuba letakkan di entri kali ini walaupun perkataan dan ayat yang digunakan adalah bahasa Melayu Rendah yang SK tidak gunakan dalam halaman ini.

salam.. hari2 duit masuk ke akaun saya.. anda mcmn? tengok bukti kalo xpcaya..

Dipaparkan diatas ialah Transaksi TERKINI akaun maybank saya .  Tertekan dengan masalah kewangan yang membelengu diri, saya nekad untuk mencuba menyertainya melalui emel yang dihantar oleh seorang kenalan
memandangkan risikonya amat rendah (iatu modal Cuma RM50).

Pada hari pertama saya Join saya dapat SMS dari upline yang menyatakan dia telah menyusun downline dibawah ID saya dan saya menyemak akaun maybank saya.

Alhamdulillah, hari pertama sahaja saya dah balik modal!!!!  Kini saya tidak lagi teragak – agak nak berbelanja takut bajet lari, hutang PTPTN masa saya belajar dulu pun dah dapat saya settlekan.
Terdapat beberapa orang downline saya yang telah berjaya mendapat beratus – ratus ringgit malah mencecah ribuan ringgit di bawah group saya.

DALAM RANGKAIAN SAYA ANDA BOLEH PILIH*
*
PLAN A – JADI NETWORKER YANG AKTIF SEPERTI SAYA*
ANDA AKAN MENJANA SEHINGGA RM51,900 BAGI SATU AKAUN
*
PLAN B – ‘SLEEPING PARTNERS’*
JOINT DAN DUDUK DIAM-DIAM, TAPI MASIH BOLEH DAPAT INCOME..TUNGGU LIMPAHAN DARI UPLINE

 SETIAP HARI SAYA MENERIMA PURATA 6 – 10 PENYERTAAN BARU UNTUK DISUSUN DAN DIATUR. IA BERGANTUNG SECEPAT MANA ANDA BERTINDAK UNTUK MENDAFTAR DAN SISTEM AKAN DIWAWAH ID ANDA UNTUK SEGERA ANDA BALIK MODAL DAN BINA NETWORK ANDA.

———————————————

Di atas adalah di antara emel yang saya terima dan terpaksa mengunakan sebahagian masa bagi membuangkannya (delete) tanpa membaca intisarinya. Bila agaknya emel sedemikian akan berakhir?

Apabila kita mendapat emel seperti ini, apa yang dapat kita huraikan?

  • Bahasa melayu rendah yang digunakan – hanya dapat menarik orang yang rendah pemikiran
  • Bahasa pasar yang digunakan bukannya bahasa pasaraya – Strategi bisnes yang berisiko
  • Kesan kewangan yang dimasukkan – menyatakan tentang sipenulis juga ada masalah kewangan
  • Bisnes ini mencari orang yang percaya bahawa kita boleh kaya dengan sekelip mata
  • dan banyak lagi analisa yang kita boleh lakukan.

Kepada semua tetamu www.ShamsuddinKadir.com, SK tidak menyarankan ataupun mengalakkan Tuan dan Puan menyertainya walaupun modalnya serendah RM1. Ianya bukan laluan untuk pemikir yang berilmu dan berpengalaman tinggi seperti Tuan dan Puan.

Semoga tiada lagi emel seperti ini dihantar ke emel SK dan Tuan dan Puan yang amat mulia. Amin.

2 Comments

  • mharizan says:

    Tuan SK, ‘spam’ sebegini memang selalu berlaku. Yang menghairankan ialah sesetengahnya terang-terangan menghantar ‘spam’seolah-olah mereka ini tidak memahami etika berkomunikasi. Ada kalanya mereka ini meninggalkan komen di blog-blog yang dilawati dengan isi kandungan yang tidak berkaitan langsung dengan tajuk yang sedang dibincangkan.

    Ini sebenarnya mengganggu pegunjung-pengunjung lain. Perkara sebegini bukan sahaja berlaku di email malah di tapak-tapak informasi yang lain seperti blog, forum, ruang iklan. Sebagai contoh cuba kita lihat di tapak periklanan internet di mana terdapat iklan berkenaan produk herba diletakkan di bawah kategori komputer. Sepatutnya produk herba ini diletakkan di bawah kategori kesihatan.

    Kenapa masih ramai yang seolah-olah terdesak untuk mengambil jalan mudah mencuba nasib sekalipun menyedari tindakan ini kebarangkalian untuk berjaya begitu tipis sekali?

  • Saya menjangkakan mereka yang terlibat boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu :

    1. Kesempitan hidup akibat tidak cukup wang

    2. Tersangat dahagakan cita-cita untuk menjadi kaya

    3. Sekadar mencuba nasib, mana tahu ianya akan berhasil

Leave a Reply