Ada di antara individu yang membelanjakan sebahagian dari duit bagi mengekalkan point supaya mereka dapat bonus ataupun untung yang dihantar pada setiap bulan.
Ada juga yang membayar serendah RM20,000 bagi mendapat pangkat supaya cepat dapat point dan pulangan yang cepat. Di mana kadar untung yang dicapai tinggi.
Adakah harga barangan Direct Selling (DS) & Multi Level Marketing (MLM) lebih murah berbanding dengan harga barangan di pasaran?
Orang yang melibatkan diri dengan DS & MLM adalah orang yang hidup di dalam masyarakat yang juga membuat DS & MLM.
Perkataan bisnes perlu difahami dengan jelas, adakah menjadi agen DS & MLM merupakan satu bisnes?
Adakah DS & MLM itu adalah sumber yang memberikan pendapatan pasif?
Semakin kita membaca dan semakin banyak mentor yang kita ada, semakin kita dapat memahaminya dengan jelas sebelum kita melangkah lebih jauh.
Halaman www.ShamsuddinKadir.com tidak menyarankan kepada para tetamu setia halaman ini dari melibatkan diri dengan DS & MLM. Kepada yang ingin dapatkan pengalaman ataupun merasainya sendiri masuk dengan bermodalkan tidak lebih dari RM100 sahaja.
Shamsuddin Kadir
Emel : info@shamsuddinkadir.com
Saya tabik kenyataan tegas tuan tentang DS & MLM! Semoga usaha tuan dapat menyelamatkan lebih ramai ahli masyarakat daripada terperangkap.
Oh ya, ada tuan terima emel saya tentang skim-skim penipuan?
Tuan SK, dahulu saya pernah berkecimpung dalam dunia “Direct Selling & Multi Level Marketing Dalam Kehidupan”. Pernah pada satu ketika itu saya meletakkan sasaran setahun berhempas pulas melakukannya (tak ingat secara tepat tahun berapa….rasanya tahun 2000). Tahun itu jugalah menjadi tahun terakhir saya berjinak-jinak dengan dunia “Direct Selling & Multi Level Marketing Dalam Kehidupan” setelah dekat 5 tahun bergelumang.
Secara ringkasnya berdasarkan pengalaman saya, untuk berjaya kita perlu mengukur diri kita dahulu dan merancang strategi secara teratur. Banyak perkara lain yang perlu dipertimbangkan seperti modal, masa, matlamat dan lain-lain. Kebanyakan individu yang cuba menceburi bidang ini begitu terpengaruh dengan pendapatan yang telah diraih oleh mereka yang terdahulu dan terburu-buru serta tidak sabar untuk cepat kaya dan hidup senang. Saya rasa perasaan inilah yang selalu menutupi kita. Kita akan lebih terarah kepada perancangan yang bercelaru dan tergesa-gesa.
Namun begitu terdapat juga element yang memberi faedah dan kesan kepada ahli-ahlinya seperti kursus/seminar motivasi yang dijalankan. Pengalaman kursus dan kemahiran yang dipelajari ini boleh digunakan ditempat lain mengikut kesesuaian masa dan keadaan.