Assalamualaikum
Maaf tidak meneruskan belian buku melalui tuan secara online.
Setelah membaca buku “Hidup Tenang Walaupun Berhutang” 2 minggu yang lepas selepas puas mencari di merata ceruk kedai buku. Dan pada hari ini 3 June 2009 bersamaan hari Rabu saya telah melunaskan kesemua baki 2 kad kredit saya yang hampir mencecah RM4ribu. Sebelum ini saya hanya membayar pada kadar minima sahaja yang mana ianya berlanjutan bertahun tahun.
Saya akan cuba mempraktik “Bayar Dulu, Baru Terima” dan membeli apa yang mampu sahaja.
Saya juga telah membeli kesemua buku tuan kecuali Miss Epal yang mana saya mendapat keuntungan 30% (Pesta Buku Mines) tetapi jika saya membeli melalui online saya terpaksa membayar service perhantaran. Di sini saya telah Berjaya memberikan keuntungan kepada diri saya sendiri.
Pertanyaan. Insuran untuk anak anak adakah wajar di ambil? Atau melabur di dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional.
Terimakasih
Ismail
——————————
Waalaikummusalam Tuan Ismail,
Ya Allah semoga Engkau kurniakan kenikmatan yang sama kepada kami (termasuk Tuan dan Puan yang masih menangung hutang kad kredit) seperti mana yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada Tuan Ismail yang telah menjelaskan semua hutang kad kreditnya pada hari ini. Ya Allah perkenankan doa hambaMu ini. Amin.
Saya doakan agar Tuan akan menutup akaun kad kredit untuk selama-lamanya dan tidak lagi memulakan episod baru dengan kad kredit baru. Selagi punca kad kredit itu tidak dimusnahkan dari akar umbi ianya akan berulang lagi. Seperti mana berlaku kepada seorang yang saya kenali, beliau telah mengunakan kad kredit sejak tahun 1984, pernah mengadai tanah ibunya, dan pernah tiga kali berhenti mengunakan kad kredit untuk tempoh setahun hingga dua tahun sahaja. Apabila umurnya tinggal 2-3 tahun untuk pencen, rumahnya pula senanti menanti untuk di lelong. Akhirnya dia bersetuju dengan pandangan yang SK berikan bahawa kita boleh hidup dengan cerita, tenang dan bertamadun walaupun tidak lagi memiliki kad kredit. Alhamdulilah rumahnya berjaya diselamatkannya.
Pihak www.ShamsuddinKadir.com mengalakkan kepada Tuan dan Puan bagi membelinya di kedai buku ataupun sempena pesta buku (dapat diskaun). Pembelian di www.ShamsuddinKadir.com hanya dibuat seperti mana dimaklumkan untuk individu yang tidak berjaya mendapatkannya di kedai-kedai buku.
Pertanyaan yang bagus berkenaan dengan Insurans untuk anak-anak. Saya ada memberikan satu alternatif berkenaan dengan Insurans untuk anak tetapi SK tidak ingat dalam buku yang mana satu. Tajuknya mungkin berbunyi “ohh Insurans”.
Tuan digalakkan bagi menyimpan sedikit di dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional, itu menjadi syarat asas bagi mendapatkan pinjaman pendidikan dari kerajaan jika kita ketika itu tidak mampu membiayai secara peribadi kos pengajian anak. Jika berdasarkan pembelanjaan sebanyak 70% tuan masih ada duit, digalakkan bagi membuat tabungan untuk anak dengan mengambil Takaful.
Selain dari Takaful pendidikan untuk anak, berikan peluang kepada anak untuk menjadi orang berjaya mencipta peluang dengan mengaplikasi inspirasi di dalam buku Biskut Ajaib, Garaj Aiman dan Tukang Gunting Terbang.
Untuk makluman Tuan, buku Miss Epal itu belum diterbitkan masih dalam proses editing oleh pihak penerbit, semoga ianya dapat diterbitkan dalam masa terdekat ini.
Hari ini adalah di antara hari yang SK cukup gembira apabila seorang lagi yang bebas dari perangkap kad hutang. Semoga Tuan juga sudi membantu rakan, saudara mara ataupun sesiapa lagi individu supaya tidak terperangkap dengan perangkap hutang. Jika sudah terjebak, Tuan bantu mereka dengan kemahiran yang ada pada Tuan sehingga dapat menjelaskan hutang tersebut dengan cepat dan mudah.
Shamsuddin Kadir
Emel: info@shamsuddinkadir.com