Menjadi satu keperluan asas utama Ultra Mind Resources sebagai pengendali latihan bagi membuat kajian tentang peserta-peserta yang telah menghadiri kursus di bawah kelolaan Ultra Mind Resources.
Majoriti peserta yang ditemui mengatakan mereka berpuas hati di atas hasil yang mereka capai apabila mempratikkan kemahiran yang dipelajari semasa sesi kursus.
Ada beberapa peserta dengan dahi berkerut memberitahu “Godaan di luar amat besar”. Di mana mereka tidak dapat melawan godaan yang ada disekeliling mereka untuk terus hidup dengan gaya hidup lama. Mereka secara asasnya, tidak mendapat manfaat dari kemahiran yang dipelajari apabila tidak mahu mempratikkannya.
Semua orang ingin kenyang, tetapi adakah ianya boleh dilakukan tanpa makan?
Begitu juga dengan kursus, setiap peserta ingin mencapai status hasil dari kemahiran yang dipelajari, tetapi yang mencapai status itu hanyalah individu yang mempratikkannya.
Apabila kita membiarkan godaan di luar itu menguasai diri kita, tiada apa yang dapat kita buat, hanya semata-mata merungut kenapa perut saya masih lapar.
Begitu juga apabila kita diberi nikmat ilmu baru yang dipelajari mungkin melalui buku ataupun halaman blog, apabila ilmu itu tidak dipratikkan kita tidak akan mendapat hasilnya selagi mana kita tidak bersedia untuk mempratikkan apa yang dipelajari.
Sehingga hari ini, bukan sahaja peserta Ultra Mind Resources mencapai kejayaan yang luarbiasa, pembaca buku-buku dan tetamu www.ShamsuddinKadir.com yang memaklumkan kepada SK, juga telah mencapai kejayaan yang jauh melepasi sempadan pemikiran normal.
Tidak ada sesiapa yang dapat mengubah diri kita hanyalah diri kita sendiri.
Shamsuddin Kadir
Trainer & Author
Ultra Mind Resources
Tel: 03 4142 5300 Fax: 03 4142 7300
Emel: info@shamsuddinkadir.com
Salam tuan.
Saya bersetuju dengan pendapat Tuan Sham. Jika kita belajar sahaja tak kiralah melalui buku, berkursus atau berguru tetapi jika kita tidak praktikkan atau amalkan, kita tidak akan mendapat hasilnya.
Saya pernah diperkenalkan sebuah buku yang saya kira yang tersangat baik, bila saya membacanya perasaan takut telah menghantui diri saya iaitu takut dengan kehidupan diri sendiri kerana hutang banyak dan simpanan hanya ala kadar. Hampir dua bulan saya dihantui dengan perasaan takut tersebut, sehinggalah saya mempraktikkan satu persatu idea-idea dalam buku tersebut untuk mengubah kehidupan saya. Alhamdulillah, sekarang saya bersyukur dengan kehidupan saya.
Buku yang saya maksudkan “HIDUP TENANG WALAUPUN BERHUTANG”. Para pembaca semua tidak perlulah terburu-buru sangat nak jadi cepat kaya hingga kadang-kadang kita sering di tipu di luar sana. Dalam buku HTWB ada cara-cara bagaimana untuk kita menikmati kekayaan dan kesenangan hidup di dunia ini. Fahami dan praktikkan sahaja, hasilnya kita sendiri yang akan dapat. Buku HTWB ini bagus untuk orang-orang seperti saya (yang tidak berpelajaran tinggi dan dulu kurang minat membaca) bahasanya mudah dan tidak jemu membacanya.
Buat masa sekarang saya belum berkesempatan lagi untuk mengikuti kursus-kursus yang Tuan SK anjurkan,mungkin suatu hari nanti. Saya juga ingin mengikuti Kursus Bagaimana Untuk Menjadi Pekerja Yang Terhebat Di Dunia dan Akhirat. Tuan Sham, Ultramind Resources ada tak menganjurkan kursus seperti tersebut?.