Skip to main content

Salam Tuan,

Saya selalu dinasihati oleh rakan karib agar menukar kereta baru iaitu kereta Honda City, memandangkan kereta saya dah lama walaupun masih kelihatan baru. Katanya rugi jika kita tak mengambil kesempatan ketika masih bekerja ini. Penat bekerja apa salah memiliki kereta yang mahal. Boleh dikatakan kerap kali beliau memberi usul tersebut kepada saya.

Dulu memang saya rasa rendah diri juga kerana di kalangan kawan-kawan, saya seorang saja yang memiliki kereta sederhana sahaja. Tetapi bila saya celik ilmu kewangan perasaan tersebut telah lenyap didalam diri saya ini, dan sekarang memang bodoh lah saya jika saya tukar kereta lain sedangkan kereta saya masih cantik lagi walaupun dah tujuh tahun umurnya dan sekarang Alhamdulillah kereta saya jarang sekali meragam.

Terima kasih Tuan kerana menulis buku-buku Tuan. Saya ni bukannya minat membaca, tetapi setelah diperkenalkan dengan buku-buku Tuan, telah terbit perasaan minat membaca didalam diri saya dan setiap hari ada saja buku-buku ilmu dan buku-buku agama yang saya baca.

Diskusi ini diambil dari halaman artikel bertajuk  Banyak Orang Mengejar Mewah Dari Bahagia, di www.shamsuddinkadir.com

Pembaca buku sk
mentee_sk@yahoo.com

——————————–

Waaalaikummusalam Tuan/Puan,

Semoga Allah mengurniakan kepada Tuan/Puan dengan kefahaman para nabi, Amin.

Betul, betul kata-kata Tuan/Puan itu, apabila celik kewangan kita tidak lagi rendah diri, apabila kita celik agama maka kita hanya rendah hati tetapi bukannya diri.

SK sendiri memiliki sebuah kereta yang sudah berusia 8 tahun, apabila ditanya oleh isteri ketika perjalanan pulang dari ‘kejutan untuk isteri dan anak-anak’ apa yang akan dilakukan kepada kereta ini, apabila kereta lain dibeli? SK bercita-cita jika dipermudahkan oleh Allah bagi tidak menjualkan kereta ini, sebaliknya menghadiahkan kepada rumah anak yatim yang memerlukannya.

Sahabat baik SK Puan Roszita ada menghantar emel beberapa hari lalu tetapi tidak dapat dijumpai isinya, walau bagaimanapun tajuknya MPO ‘Menarik Perhatian Orang’. Ianya berkenaan tingkahlaku sebahagian manusia yang membeli kerana ingin menarik perhatian orang lain, bukan kerana keperluan diri.

Kereta, rumah, barangan ataupun servis akan terus melahirkan model yang terkini, tercanggih, tetapi sebagai manusia yang dicipta oleh Allah haruslah kita mengutamakan keperluan hakiki iaitu ‘Beribadat kepada Allah’ dengan mengunakan ataupun membeli apa sahaja yang kita perlukan bagi membantu kita beribadah kepada Allah dengan mudah.

Kepada Tuan/Puan, kerana tidak terpengaruh dengan ajakan.

Tahniah kerana Tuan/Puan yang menjadikan membaca buku bermanfaat sebagai keperluan asas hidup.

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

Awasi Wang Anda!Duit @ Money

Awasi Wang Anda!

shamsuddinkadirshamsuddinkadirJanuary 19, 2008

Leave a Reply