Skip to main content

Di bawah adalah maklum balas yang diterima oleh pihak Ultra Mind Resources berkenaan dengan kursus Dimensi Diri 2 Hari 1 Malam yang telah di adakan pada 25 – 26 Mei 2009 di Promenade Hotel, Kota Kinabalu Sabah.

“MENARIK, INFORMATIF & EDUCATIF” Jauffin Nuasim

“Sangat-sangat baik, tidak dapat saya nak katakan dengan kata-kata. PERFECT!!!” Rozaidi Yahya

“Kursus ini berbeza dengan kursus pengurusan kewangan yang lain yang pernah saya hadiri sebelum ini. Keep Up A Very Excellent Work!” Nordiana Abdul Razak

“Kursus ini merupakan kursus terbaik yang pernah dihadiri dan kalau ada peluang ingin menyertai lagi lain-lain kursus anjuran ULTRA MIND RESOURCES, iaitu En. Shamsuddin Kadir” Maimunah Talib

“Sangat Baik. Trainer amat berpengetahuan dan sangat dapat menguasai emosi beliau” Don Anderson

“Saya sungguh berpuas hati dengan kursus Dimensi Diri yang saya hadir ini dan ingin menghadiri lagi, di masa akan datang” Nur Fatin Izwana

“Membuat saya berfikir jauh dari normal. Hebat…Hebat…Hebat…” John Tan

“Sepanjang kursus tidak membosankan seperti ada setengah-tengah kursus sangat membosankan sangat membosankan sehingga satu perkara pun tidak dapat diikuti oleh saya. Inilah kursus yang cemerlang saya ikuti setakat ini” Marlina Ahmad

“Teramat memuaskan… Membuka minda saya supaya mengurus kewangan dengan lebih teratur” Faridah Ali

 “Kursus ini sangat memberikan kesan yang mendalam dan dapat mempelajari sesuatu perkara yang baru yang kita tidak tahu” Noraini

“Saya mengucapkan tahniah & terima kasih semoga lain kali saya akan terpilih lagi” Yusop Tajul

 “Kursus ini amat berguna kepada saya dalam menggapai impian” Ismail Hashim

“Sungguh menarik, Informatif serta begitu educative” Jauffin Nuasim

“Program ini sangat baik untuk semua kakitangan LHDN khususnya, tidak mengira gred mana” Jusnam

“Amat memuaskan, kerana dapat mengajar saya tentang pengurusan wang yang betul dan menghindari bebanan hutang. Terutamanya penggunaan Kad Kredit” Maria Maidin.

“Ilmu diterap, Hasil diperolehi” Noraini

Sebahagian dari maklum balas yang kami terima berkenaan dengan persoalan “Apa yang kami boleh perbaiki /tingkatkan untuk program kami yang akan datang?”

  • Menambahkan tempoh jangkamasa kursus tersebut dan menambahkan tajuk kursus – Noraini
  • Tambahkan atau panjangkan masa kursus – Abd Latip Burud
  • Tempoh masa kursus perlu ditambah – Nordiana
  • Perbanyakkan topik berkaitan ‘Mind Power’ – Ismail Hashim
  • Panjangkan Masa Berkursus – Faridah Ali

 “Program ini merupakan satu program terbaik yang pernah saya hadiri. Sangat baik untuk mengubah mind set setiap pekerja” Maimunah Talib

Selaku Trainer dan jurulatih bagi kursus Dimensi Diri, SK merasakan amat komited dan berpuas hati di atas daya usaha setiap peserta yang sentiasa menunjukkan komitmen yang melepas sempadan. Tidak dapat dinafikan, SK juga banyak mempelajari dari peserta yang semuanya bijak, rajin dan pandai berkomunikasi dengan hebat.

Kursus ini antara kursus Dimensi Diri yang SK tidak akan melupakan, rasa seperti ada ikatan dengan setiap peserta yang cukup mesra seolah kita sudah menjadi sahabat 10 tahun yang lalu. Tahniah kepada para peserta yang cukup baik. SK akan berusaha supaya pertemuan kali ini akan disusuli dengan pertemuan seterusnya.

Ya Allah jadikan ilmu yang kami pelajari dan perolehi secara  bersama menjadi manfaat supaya ianya memudahkan lagi perjalanan hidup kami sebagai pekerja dan individu yang berkeluarga. Amin.

Semoga setiap peserta dapat menjayakan ceramah bagi mewawarkan informasi dan ilmu yang dipelajari, semoga ianya menjadi amalan baik kita di dunia.

“Wood Is Kayu,

Duck Is Itik,

When I Think Of You,

I Panjat Pokok BETIK”

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

Trainer & Author

Ultra Mind Resources

Tel: 03 4142 5300 Fax: 03 4142 7300

Leave a Reply