Skip to main content

JUMAAT 29 Mei 2009, Shamsuddin Kadir (SK) akan ke Ayer Keroh, Melaka yang terkenal bagi SK dan isteri sebagai negeri rakyat yang berdisiplin dan kemas. Ini berdasarkan pertemuan yang Allah aturkan sepanjang hidup selama ini dengan orang Melaka yang majoritinya adalah manusia yang berdisiplin dan sentiasa kemas.

Lawatan pada kali ini adalah bertujuan bagi menghantar buku-buku yang ditempah oleh kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Cawangan Melaka. Tempahan itu dibuat ketika SK menjayakan kursus Dimensi Diri III di LHDN Melaka pada 5 -7 Mei 2009 yang lalu, di mana buku-buku yang dibawa tidak mencukupi.

Dengan izin Allah jika berkesempatan, SK juga akan melakukan kunjungan hormat kepada satu dari bakal pelanggan di Melaka nanti.

Berkemungkinan besar SK akan menginap di Ayer Keroh dan akan kembali ke Kuala Lumpur pada hari Sabtu nanti.

Leave a Reply