Skip to main content

Jika kita merasa tertekan ketika ini, disebabkan oleh duit gaji sudah tidak mampu menanggung gaya hidup kita ataupun kita menangung bebanan hutang yang tidak mampu dibayar, mungkin artikel ini dapat membantu.

Tekanan ataupun stres yang sedang menimpa kita adalah sebagai satu ujian dari Allah, dan lihatlah bebanan ini sebagai satu peluang yang Allah berikan kepada kita. Kita ini Allah sayang dengan mengingatkan kita tentang kebesaranNya dengan menjadikan ‘ujian’ dalam hidup kita.

Pertama jika kita masih sayang dengan status sebagai ‘makan gaji’, apa yang kita boleh buat adalah :

1. Hentikan makanan tidak berbaloi iaitu makanan segera untuk kita sekeluarga , kerana hidup kita bahagia, ceria tanpanya.

2. Hentikan menghantar anak ke tadika yang lebih mahal dari harga untuk tadika biasa. Ciri-ciri orang yang berjaya tidak bergantung kepada di mana beliau belajar sewaktu tadika.

3.  Hentikan menghabiskan masa bersama keluarga di shopping mall ‘window shopping’ yang akhirnya makan duit kita. Gantikan dengan lawatan ke tempat seperti air terjun seperti di FRIM Kepong’  bagi yang tinggal di Kuala Lumpur ataupun kawasan berdekatan sebagai contohnya. Tukar ke kedai buku ataupun perpustakaan.

4. Tetapkan waktu malam waktu untuk membaca untuk sekeluarga.

5. Hentikan ataupun kurangkan pakej ‘Saluran Berbayar’, jika informasi dalam salurannya tidak membantu kita urus duit dengan lebih baik dan menjimatkan kita dari berbelanja.

6. Hentikan dari membeli handphone baru dan hadkan perbelanjaan bil telefon kepada jumlah minimun yang dapat dicapai oleh rakan sekerja kita.

7. Jika perlu buat ‘garaj sales’ jual barang-barang yang kita tidak perlu lagi yang ada dalam rumah ketika ini.

8.  Baca buku ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang dan Makan Gaji Tetapi Kaya’ secara bergilir-gilir dengan pasangan kita.

9. Hentikan game-game seperti playstation : kerana ianya bukannya penentu kepada kejayaan kita dan anak-anak supaya dapat hidup tenang dan ceria apabila dewasa kelak.

10. Hentikan perayaan yang tidak meningkatkan kualiti hidup iaitu ‘Birthday, Anniversary’ – baca artikel berkenaan hujah disebalik tindakan ini di dalam arkib www.shamsuddinkadir.com.

11. Hentikan pengunaan kad kredit secara 100%.

12. Hentikan dari membeli barangan makanan yang kita sebenarnya tidak mampu pada ketika ini.

13. Hentikan membeli suratkhabar, majalah ataupun buku-buku yang negatif yang tidak membawa kita kemana-mana.

Itu adalah antara langkah yang kita lakukan.

Bagi yang sudah tidak ingin menjadi individu yang makan gaji, baca buku ‘Makan Gaji tetapi Kaya’ di bahagian menjadi pekerja hebat, pratikkan sekarang ditempat kerja, ianya menjadi mudah apabila kita memulakan bisnes sendiri nanti.

Berhati-hati dengan orang yang memberi nasihat kepada kita. Juga cari mentor-mentor sebanyak yang boleh dan baca banyak buku.

Semoga Allah memberikan kemudahkan kepada kita dalam melalui saat getir ini, dengan kemudahan menyelesaikan situasi yang kritikal ini. Amin.

Jangan lupa perkara yang terpenting sekali, dunia ini Allah yang punya. Setiap situasi adalah dalam kawalan Allah secara 100%, maka tunduklah kepada Allah bagi solat yang paling ringkas ‘Solat Dhuha’. Selepas artikel ini ditaip saya juga akan melakukannya. Insyaa-Allah saya akan kongksikan ‘rahsia solat Dhuha yang amat berkuasa itu’. Sama-sama kita mendapat fadhilat solat Dhuha.

3 Comments

  • Wan says:

    Salam Tuan Sham,

    Berkenaan dengan pernyataan Tuan ‘berhati hati dengan orang yang memberi nasihat kepada kita’. Saya benar benar setuju dengan pernyataa ini. Kadang-kadang, kita nampak orang nya hebat sekali tapi belum tentu nasihat dan tegurannya berkaitan kewangan betul dan boleh diterima pakai oleh kita. Kadang kadang mereka memberi nasihat dan panduan untuk menambahkan sumber kewangan tetapi kita terpaksa membelanjakan wang kita yang sedikit itu sebelum mendapt pulangan yang lebih banyak. Itupun kalau kita betul betul meluankan mase untuk perkara tersebut.Jadi, sebelum menerima nasihat, lebih baik kita siasat dulu dan lihat kemampuan kita. Manalah tahu kalau2 nasihat yang diberikan ada udang di sebalik batu.

    Sekadar berkongsi.

    Terima kasih

  • Shahrin says:

    Salam Tuan.

    Saya suka dengan topik ini. Saya ingin berkongsi pengalaman rakan sepejabat saya dan ini kisah benar yang saya lihat dengan mata saya sendiri. Saya mohon maaf tuan, mungkin catatan saya ini panjang sedikit.

    Dua tahun lepas, rakan sepejabat saya ada menghadiahkan saya buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang siap dengan autograf dari tuan, dengan harapan agar saya dapat mempraktikkan idea-idea di dalam buku tersebut. Semasa beliau memberikan buku tersebut kepada saya, saya telah menyakiti hati beliau dengan kata-kata … hai nak bodek boss ke, mahu markah tinggi dalam laporan prestasi nanti ke?. Sedangkan prestasi beliau dari dulu lagi tak pernah kurang dari 90%, beliau memang kakitangan yang hebat, tak sepatutnya saya mengeluarkan kata-kata tersebut kepada beliau. Semenjak dari itu beliau tidak pernah memberi apa-apa hadiah kepada saya, mungkin beliau terasa hati dengan saya. Buku-buku tuan yang lain hanya beliau pinjamkan kepada saya. Beliau sememangnya ikhlas hendak menolong saya, tapi disebabkan keegoan saya, saya tidak menghargainya.

    Tapi sekarang saya tabik hormat kepada beliau, walaupun gaji saya lebih berganda dari beliau tetapi kewangan beliau saya tabik….. sungguh lumayan. Tetapi beliau tetap seperti dulu juga biasa sahaja tidak nampak kemewahan yang beliau sedang kecapi, hanya orang yang melihat borang beliau sahaja yang tahu kemewahan beliau itu.

    Pada hari Rabu yang lalu, semasa beliau mengadakan jamuan kepada kami semua di pejabat sempena ulang tahun beliau, saya bertanya bagaimana beliau boleh menyimpan wang sebanyak begini dan boleh membuat jamuan/kenduri seperti ini. Beliau mengaku, mula memanglah susah terpaksa mengikat nafsu berbelanja ala kadar sehingga ada rakan dan keluarga memberi gelaran kedekut, terpaksa kerja part time kerana nak melunaskan kesemua hutang-hutang yang ada. Tapi sekarang katanya, Alhamdulillah, tak perlu lagi kerja part time, kewangan dah stabil dan semakin bertambah. Saya tak belajar ilmu kewangan di menara gading tapi saya cuma belajar dari Buku-Buku Tuan Shamsuddin dan di laman blog SK sahaja katanya lagi.

    Kebetulan hari ini saya dan keluarga tidak ke mana. Saya dan isteri sekali lagi membaca buku tuan dengan harapan agar saya dan isteri dapat mempraktikkan idea-idea yang tuan war-warkan. Dulu saya ketawakan rakan saya itu yang menggunakan kaedah sampul, mungkin hari ini saya pula yang akan menggunakannya untuk mendisiplinkan diri dari berbelanja yang tidak menentu. Saya bersyukur kerana saya belum terlewat untuk belajar ilmu kewangan. Beruntung sungguh saya kerana dapat melihat sendiri rakan sepejabat mengamalkan ilmu yang tuan ajarkan dan semakin hari beliau semakin berjaya. Bodohlah saya kiranya saya tidak amalkan ilmu yang baik seperti ini. Terima kasih tuan.

    Saya ucapkan setinggi-setinggi Tahniah kepada tuan. Idea yang tuan berikan telah menjadikan rakan saya kaya didalam diam. Saya tumpang gembira untuk beliau.

Leave a Reply