Skip to main content

Dengan izin Allah, kursus Dimensi Diri akan di adakan mulai hari Isnin 25-26 Mei di Promenande Hotel, Kota Kinabalu Sabah. Di atas jemputan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia cawangan Sabah. Ini adalah kursus 2 Hari 1 malam.

Terima kasih kepada Puan Maslinah Rak selaku ketua pentadbiran yang melihat dan memahami keperluan kakitangan & organisasi yang kritikal ini. 30 orang peserta akan terlibat dalam kursus ini. Urusetia yang cukup pantas menguruskan hal ehwal latihan ini iaitu Puan Junaedah Yusof seorang yang mengaplikasi maksud tanggungjawab yang sebenar.

Ini adalah kunjungan saya yang ketiga ke sabah. Kali pertama pada awal tahun 2004 sewaktu bertugas sebagai crew cargo, terbang dengan kapal terbang kargo Antonov 12 membawa sebuah enjin baru pesawat Boeing 737 milik pelanggan yang  terkandas di Tawau.

Ketika itu SK terlibat dalam operasi rescue penerbangan ‘AOG’ Aicraf on Ground.

Lawatan kedua ke Sabah adalah ke Kota Kinabalu, kunjungan hormat ke LHDN Sabah, dan beberapa lagi bakal-bakal klien.

Insyaa-Allah Sabah akan menjadi satu dari destinasi penting yang akan SK kunjungi setiap 3 bulan. Banyak keunikan yang ada di Sabah.

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

Hotel Promenade, Kota Kinabalu

Leave a Reply