Skip to main content

Artikel ini bagi menjawab banyak pertanyaan tetamu halaman www.ShamsuddinKadir.com berkenaan dengan emel-emel yang sentiasa memenuhi ruangan ‘inbox’ kita.

Ketika ini banyak emel-emel yang dihantar ke dalam peti box ‘inbox’ emel kita berkenaan dengan  jadi kaya, buat duit, duit senang, duit masuk dan banyak lagi yang bersumberkan internet marketing. Ramai juga individu yang memasukinya. Kenapa bisnes ini seolah tidak wujud sekitara 1990 – 1996 ? Kini 2009, bisnes jenis ini sudah ada di mana-mana, ada yang mendapat beribu-ribu emel jenis ini sehari. Banyak juga masa dihabiskan apabila kita ingin ‘delete’ emel jenis ini.

Sebahagian bisnes jenis ini di Malaysia dipelopori oleh individu yang tamat pengajian diperingkat universiti, sama ada masih ‘belum dapat kerja’ ataupun sudah bekerja tetapi dibebani dengan komitment ‘hutang’ ataupun gaji yang tidak pernah cukup.

Satu dari perkara kenapa bisnes ‘buat duit’ ini menjadi pilihan banyak individu, kerana modalnya teramat murah, hanya dengan kos membeli domain (.com) dan hosting (tempat di mana file dan website kita beroperasi).

Antara bisnes yang dilakukan oleh sebahagian Internet Marketer di Malaysia adalah bisnes yang mengambil duit dari individu-individu yang hidup makan gaji ataupun yang masih menggangur. Kerana individu yang makan gaji majoritinya hidup dalam keadaan terdesak, apabila menangung bebanan komitmen yang tinggi setiap bulan. Timbulnya persoalan untuk mendapat pendapatan kedua ataupun lain yang mudah.

Adakah bisnes jenis ini dapat membantu kita mendapat pulangan yang lumayan ? Bisnes jenis ini perlu bertahan dan perlu bekerja dengan lebih keras kerana majoriti sumber bisnes adalah menyediakan keperluan individu yang sedang terdesak (duit tidak cukup).

Jika kita melayari dunia internet, hanya beberapa kali sahaja kita menjumpai website yang menjual barangan ataupun servis yang diperlukan seharian dalam kehidupan. Iaitu website yang menjual keperluan hidup dan bukannya keperluan membuat ‘duit’ ataupun  ‘jadi kaya’.

Apabila bisnes internet kita adalah ‘buat duit ataupun jadi kaya’ yang berasaskan bagi menarik individu yang sedang terdesak, kita hanya dapat bertahan untuk sementara waktu. Iaitu selagi mana belum timbulnya testimoni yang mengatakan ‘aku tidak jadi kaya pun selepas beratus-ratus ‘skim’ yang ditawarkan oleh Internet Marketer’.

Kita juga boleh lihat dan kaji sendiri, siapakah antara Internet Marketer yang menjual “buat duit @ jadi kaya” yang berjaya melahirkan seorang individu yang berjaya jadi kaya?

Semoga lebih ramai Internet Marketer yang menyediakan keperluan sebenar rakyat Malaysia terutamanya dan dunia umumnya dilahirkan.

Sebagai individu yang celik ilmu, kita perlu berwaspada dari menyertai ataupun menghabiskan masa berkualiti dengan mengadap komputer berjam-jam sehari semata-mata untuk ditipu.

Semakin banyak individu yang tertekan dengan gaji yang tidak cukup, semakin banyak graduan yang tidak dapat kerja, maka semakin banyak ‘Internet Marketer’ di lahirkan di Malaysia.

Semoga Tuan dan Puan yang berminat berkecimpung menjadi Internet Marketer, pilihlah bidang bisnes yang memenuhi keperluan rakyat Malaysia dan juga membantu meningkatkan ekonomi Malaysia.

Shamsuddin Kadir

3 Comments

  • Izinkan saya berkongsi pandangan sebagai seorang penulis buku di Malaysia dan pada masa sama sebagai seorang internet marketer yang baru setahun jagung.

    Kenalpasti secara jelas apakah model bisnes yang betul dalam internet

    Dalam krisis ekonomi ini saya mencadangkan kenalpasti jenis bisnes yang ditawarkan dalam dunia internet. Ini dapat dilihat melalui statistik kata kunci carian di Google, pemerhatian pada produk laris dalam laman jualan seperti Lelong dan Ebay.

    Dalam bisnes internet kita sama ada,

    1. Pasarkan bisnes yang dimiliki sendiri.
    2. Pasarkan bisnes orang lain melalui sistem affiliate iaitu sistem komisen yang diperolehi melalui jualan produk yang kita paparkan pada blog, emel dan forum.
    3. Pasarkan bisnes orang lain dengan menjual produk tersebut sama ada dengan menyimpan stok atau menjadi orang tengah dalam transaksi jualan.

    Saya sudah bereksperimen dengan ketiga-tiga cara ini dan memilih produk yang betul dan memenuhi keperluan boleh membantu menjana pendapatan sampingan atau pendapatan teras melalui internet.

    Pastikan sama ada ia bisnes bersifat trend atau keperluan yang konsisten.

    Nasihat paling penting, jangan buat keputusan terburu-buru melabur ratusan (atau ribuan) ringgit untuk mendapat wang segera dalam internet.

    Jangan ambil keputusan berhenti kerja selagi kita tidak dapat mengenalpasti aliran wang keuntungan itu datangnya dari bisnes bersifat trend atau pun bisnes bersifat keperluan.

    Sebagai jurulatih di http://www.kursusperniagaan.com, fokus besar kami ialah orang yang faham apa itu perniagaan internet dan pemasaran di internet. Tanpa kefahaman, kita mudah terdorong dengan tawaran buat duit sebanyak-banyaknya dalam internet dan seumpamanya.

    Kerana itu ditekankan dalam kursusperniagaan.com adalah skil agar mereka tahu apa yang dibuat.

    Di sini kami tidak menggalakkkan cerita ribu ringgit sebagai modul teras meskipun adanya kejayaan sebegitu.

    Sebaliknya membina bisnes meskipun kecil, memahami struktur bisnes internet dan bisnes konvensional, melindungi bisnes dan menjenamakan bisnes antara perkara penting.

    Pada kami, survival bisnes di internet pada jangka masa panjang lebih penting berbanding dilimpahi ribuan ringgit dan bisnes berhenti selepas itu.

    Sebabnya, perniagaan internet adalah satu skil yang tuan dan puan boleh pelajari untuk diri dan dilatih anak-anak bagaimana caranya.

    Tidak dinafikan ada yang membuat ribuan ringgit, tetapi ia membawa kembali persoalan Tuan Shamsuddin, Siapakah antara Internet Marketer yang menjual “buat duit @ jadi kaya” yang berjaya melahirkan seorang individu yang berjaya jadi kaya?

    Ini membawa kepada cerita yang saya dapat semalam selepas berbual dengan orang lain. Beza Kaya dan Berharta.

    Kata sahabat saya, “Orang kaya itu adalah orang yang mempunyai wang tetapi memebeli segala-galanya dengan wang dimiliknya. Dia kaya pada dirinya.”

    Sambungnya, “Orang berharta itu ialah beliau mempunyai wang untuk dirinya, pada masa sama beliau memberi wang itu pada orang lain. Yakni berkongsi untung sama ada sama-sama berniaga atau menggajikan orang lain agar semua mendapat rezeki yang halal.

    Ini sekadar definisi beliau. Ada yang bersetuju dan ada yang tidak. Kita boleh memilih sama ada menjadi orang kaya atau pun orang berharta apabila menjadi internet marketer.

    Kenal pasti cara kerja profesional dalam internet marketing

    Di sini mereka yang baru pertama kali dalam bidang ini, pandangan saya, ikuti forum dan Google info mengenai penjual dan produk mereka.

    Kedua, kegilaan bekerja adalah ciri-ciri bagi internet marketer. Kerana mereka perlu mempelajari di mana lubuk pelanggan bagi produk, apakah perkataan yang di Google kelak akan membawa terus ke laman web jualan kita, memahami serba sedikit evolusi internet.

    Ia kelihatan sukar tetapi sebenarnya tidak jika sanggup mempelajarinya. Apa yang sukar ialah berapa ramai yang sabar untuk menunggu tempoh matangnya sehingga bisnes hidup dalam internet.

    Bak kata Tuan Adly, kesabaran ini termasuklah, “Bersedia mendapat seringgit (ya seringgit) yang pertama dalam perniagaan internet.”

    Jika tidak sabar, maka muncul pula internet marketer dengan skim cepat kayanya.

    Cara menjana idea bisnes di internet

    Saya ingin berkongsi kaedah memilih bisnes dengan mengetengahkan teori Abraham Maslow, iaitu memenuhi keperluan individu pada setiap peringkat. Saya mendapat ilmu ini dari sebuah buku ketika menulis buku YouTube Marketing untuk Bisnes Kecil.

    Dalam teori yang diketengahkan oleh Abraham Maslow, manusia akan cuba memenuhi lima peringkat iaitu

    1. Keperluan fisiologikal seperti rumah, pakaian dan tempat tinggal
    2. Keperluan keselamatan seperti perubatan, tempat yang selamat.
    3. Keperluan sosial seperti masyarakat, rakan-rakan dan teman hidup.
    4. Keperluan penghargaan diri
    5. Kesedaran kendiri iaitu sesuatu yang melibatkan keagamaan dan unsur jiwa. Contoh produk haji, kaset agama, alat bantu ibadah, buku-buku inspirasi.

    Maka, kita boleh merencana dan memikirkan apakah produk pada lima peringkat ini yang dapat ditawarkan melalui internet.

    Terima kasih

    ZAMRI MOHAMAD

  • Rahimah says:

    Assalamualaikum

    Saya tertarik dgn artikel kedua pakar, Tn SK dan Tn Zamri…saya ingin berkongsi pengalaman saya dlm internet biz maupun MLM.Sy merupakan seorang usahawan baru(belum berjaya lagilah… berjinak2 dlm biz agri.Dulu sy seorang AVP di salah sebuah bank,berhenti kerja sambung belajar di UM,sambil tu buat biz MLM…3bulan dah dpt pangkat Senior Sales Manager.Tapi bila dah mula kenal biz ni baru tahu ‘ketidakjujuran’ para-para leader diatas dalam mengejar pangkat dan cek besar sanggup buat apa saja. Saya ambil keputusan tak nak terbabit lagi walaupun dah banyak rangkaian..maklum exbanker…ramai kenalan dan dah biasa buat marketing dan luluskan pinjaman orgramai…so database memang dlm tangan. Saya set-up pula agensi general insuran(Takaful Ikhlas)modal rm100k.Bila ada ofis cantik Datang pula seorang kenalan seorang yg berperibadi tinggi (seorang Haji)minta maaf bukan nak jatuhkan maruah atau status sesiapa)mengajak saya buat MLM semula…saya ikut keluar modal lagi RM25k…opps yg dulu tu rm21k….sebulan 2 je ok….tup-tup sama gak kali ini company pula bermasalah…akhirnya company tu tutup. Produk dah bertimbun dalam stor rumah….Merajuk sekejap dengan MLM ni…tapi tak serik…Join pulak MLM baru terlibat dgn BIO herba…syarikat gah di Putrajaya..melabur lagi RM40k sebab jadi stokis..Pun sama bila dah berbas-bas orang datang ke ibupejabat syarikat kena siasat.Akhirnya saya serik…nak kata buang masa dan duit tu memanglah tapi dari satu sudut positif pengalaman tak boleh dibeli. Justeru itu saya kini nak muhasabah diri dengan membaca blog2 motivasi seperti blog TN SK dan nak mula melabur beli buku-buku nak mencari apa yang tak kena dalam diri saya kerana asyik ‘terkena’ dalam biz MLM ni.

  • rahmat says:

    Salam, Tuan SK.

    Betul, saya melihat banyak tawaran dalam internet yang menawarkan peuang menjadi kaya dengan cara menjual ‘cara jadi kaya’ samada dalam bentuk e-book, cd atau ceramah. Bahkan ada yang tidak segan silu menunjukkkan bukti buku bank mereka. Catatan dalam buku itu dengan jelas menunjukkan hasil daripada jualan bahan ‘cara jadi kaya’ tetapi bukan dengan pendapata hasil apa-apa perniagaan.

Leave a Reply