Assalamualaikum
Pertanyaan:
Bagaimana untuk melatih diri supaya menjadi minat membaca?
Untuk pengetahuan tuan, semua buku tulisan tuan tidak terdapat di Kedai Buku Sekitar Bandar Baru Bangi yang lain terbitan PTS adalah jadi setelah membaca Website tuan timbul rasa ingin membaca buku penulisan tuan.
Kenali ShamsudinKadir apabila saya menonton sepintas lalu bicara Tuan di TV3 dan kemudian melayari WEBsite tuan. Kali pertama saya melayari WEBSITE tidak membuat apa apa keputusan sehinggalah kali keduanya iaitu 3 May 2009 saya telah membuat keputusan untuk membelinya.
Yang sedihnya setiap kedai buku di Bandar Baru Bangi tidak ada buku tuan.
Terima Kasih
Ahmad (Bukan nama sebenar)
—————————
Waalaikummusalam Tuan,
Terima kasih di atas inisiatif Tuan dalam mendapatkan pengetahuan. Langkah itu adalah antara asas yang paling utama iaitu ada keinginan dan disusuli dengan usaha bagi mendapatkannya.
Untuk makluman Tuan semua buku-buku tersebut sudah diulang cetak dan banyak kedai buku yang sudah kehabisan stok.
Apa yang Tuan boleh lakukan adalah dengan membelinya secara online di www.shamsuddinkadir.com jika masih tidak berjaya mendapatkannya di kedai buku yang berhampiran.
Melatih diri agar minat membaca, adalah Tuan boleh lakukan dengan membaca buku Hidup Tenang Walaupn Berhutang dan Makan Gaji Tetapi Kaya. Insyaa-Allah kedua-dua buku ini akan menjadi pencetus kepada penerokaan baru dalam hidup Tuan. Jika Tuan menemui sesuatu yang amat berguna kepada Tuan, teruskan dengan membaca buku-buku yang bermanfaat yang menyokong kepada kemajuan diri dan minda. Tuan akan menjadi ketagih membaca apabila satu persatu ilmu dan pengalaman baru yang Tuan perolehi dengan mudah melalui buku-buku yang dibaca.
Teruskan mendekati halaman website yang penulisnya juga seorang pembaca setia buku-buku berinspirasi. Cari kawan yang suka membaca buku-buku berinspirasi. Tetapkan bahawa setiap bulan sekurang-kurangnya sebuah buku dibeli dan dibaca. Gunakan hari lapang untuk membawa diri ataupun sekeluarga ke kedai-kedai buku yang bersesuaian.
Tetapkan waktu untuk membaca di sebelah malam, sebolehnya telivsyen dan radio dipadamkan sekurang-kurangnya sewaktu masa untuk membaca. Libatkan pasangan dan anak. Mungkin kepada anak boleh diberikan buku Biskut Ajaib, Garaj Aiman ataupun Tukang Gunting Terbang, manakala buku Makan Gaji Tetapi Kaya diberikan kepada Isteri.
Bangun awal setengah jam dari biasa jika perlu, bagi memperuntukkan masa untuk membaca 1 muka surat ataupun 1 bab.
Baca doa ini sebelum membaca buku jika ada kelapangan :
“Ya Allah kurniakan kepada ku dengan
kefahaman para Nabi,
Hafalan para Rasul
Ilham para Malaikat yang hampir denganMU,
Wahai Allah yang maha pembuka dan tahu,
bukalah hatiku seperti orang yang arif lagi bijaksana.
Ya Allah perkenankanlah doaku ini. Amin.
Semoga Allah mengurniakan minat dalam diri Tuan bagi membaca, selepas Tuan berusaha ‘memaksakan’ diri terlebih dahulu. Ada ulama yang berkata, kita perlu memaksa diri terlebih dahulu, walaupun belum timbul rasa ikhlas bagi membuat baik, kerana jika hanya ingin menunggu keiklasan tiba, kita mungkin tidak berpeluang.
Shamsuddin Kadir
Trainer, Writer, Reader & Listener
Emel: info@shamsuddinkadir.com