Situasi pelajar di universiti adalah dalam keadaan stres apabila pelajar tidak didedahkan dengan hala tuju selepas tamat belajar dan risiko yang perlu dihadapi jika tersilap langkah sewaktu di universiti.
Banyak perkara yang perlu diperhalusi apabila membicarakan tentang persoalan dilema pelajar ini. Walau bagaimanapun ada dilema itu menjadikan pelajar orang yang hebat selepas tamat belajar.
Apabila dibicarakan tentang kewangan, adalah pelajar yang menghadapi kesukaran apabila hanya bergantung kepada sumber biasiswa yang tidak 100% dapat memenuhi semua keperluan pelajar pada setiap semester.
Ada juga pelajar yang mendapat bantuan dari keluarga pada setiap bulan sebagai duit tambah, bagi menampung belanja yang tidak mencukupi.
Bagi menilai sama ada kita berada di dalam situasi yang sukar akibat duit yang tidak mencukupi adalah dengan melihat rentak gaya hidup kita. Jika kita hanya sekadar memenuhi keperluan hidup tetapi wang masih tidak mencukupi, kita sebenarnya berada dalam satu situasi yang tertekan. Tekanan ini kadang kala menjadi penyebab sama ada kita berjaya ataupun gagal.
Belanja memiliki sebuah handphone biasanya menjadi satu belanja yang banyak di salahgunakan oleh setengah pelajar. Majoriti kursus yang kita pelajari di peringkat universiti tidak memerlukan kita memiliki handphone yang berharga ribuan ringgit. Hp yang berharga kurang dari RM 300 sudah mencukupi bagi kita menghubungi ataupun dihubungi oleh seseorang terutama apabila adanya kecemasan.
Bagaimana pula dengan bil telefon ataupun kos prepaid yang ditangung setiap bulan? Itupun belum termasuk dengan pelajar yang suka membeli ring tone dan pelbagai lagi wall paper bagi telefon yang canggih.
Apabila kita menyedia ruang, kita sebenarnya menyediakan peluang untuk menghabiskan duit. Itu yang menjadi banyak punya kenapa duit kita itu sentiasa habis dan bukannya sentiasa bertambah.
salam SK,sy setuju sangat dgn apa yg SK utarakn tu.Pelajar ke IPT hanyalah utk belajar menuntut ilmu ttp kini tertekan dgn gaya hidup yg menjerat rutin harian n bulanan mereka n keluarga mereka.TENTUKAN MATLAMAT penting dlm diri seseorg pelajar.
PPelajar haruslah tahu matlamat mereka untuk belajar, bukannya untuk bergaya dengan segala macam peralatan yg canggih dan baju berjenama.Saya juga pernah menjadi pelajar dengan wang saku RM 168 untuk makan dan membeli buku.Zaman itu tiada h/phone, semua pakai public phone.Alhamdulillah, cukup untuk makan selama sebulan.Masalahnya bebudak sekarang terlalu ralit dengan h/phone dan menghabiskan duit beratus sebulan dengan membeli prepaid, sedangkan mereka masih belum ada pendapatan sendiri.