Khamis, 7 Mei 2009, adalah hari terakhir bagi kursus 3 hari bersama dengan 35 peserta yang terdiri dari kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Melaka. Mereka adalah antara kakitangan yang komited dan aktif mengambil bahagian dalam memastikan setiap modul berjaya diaplikasikan. Mereka antara peserta kursus yang cukup rajin dan berkeyakinan. SK percaya mereka akan menjadi antara kakitangan yang berprestasi di atas setiap usaha yang dilakukan sepanjang kursus ini berlangsung.
Semoga Allah memudahkan dan merealisasikan setiap impian dan matlamatnya. Amin.
Kami di Ultra Mind Resources hanya memerlukan testimonial realiti bahawa Tuan dan Puan mempratikkan apa yang dipelajar supaya hasil yang dicapai lebih jauh dari jangkaan normal.
Kepada Puan Robiah (Pengarah) Puan Kalsom (Timbalan Pengarah), Puan Koh (Timbalan Pengarah), Puan Hamidah, Puan Wee yang cukup mesra dan sudi berkongsikan ilmu yang teramat banyak kepada kami. Ketika berada di LHDN Cawangan Melaka, layanan dan bantuan yang diberikan amat memuaskan.
Esok di sebelah pentang, majlis akan ditutup oleh Tuan Abdul Manaf, selaku Pengarah Negeri Sembilan & Melaka.