Skip to main content

Insyaa-Allah esok, individu yang mendapat duit melalui makan gaji akan diingati dan diraikan pada 1 Mei setiap tahun. Dahulunya lebih dikenali hari buruh, sekarang bersesuaian pelbagai jenis pekerjaan, perkataan pekerja itu lebih sesuai pada ketika ini. Sebagai seorang yang pernah makan gaji selama 9 tahun lebih, sudah pasti hari itu ditunggu-tunggu bukan kerana ingin meraikan tetapi hanya kerana mendapat satu hari cuti percuma.

Apabila kita memasuki dunia bisnes secara sepenuh masa, di mana kedua-dua kaki berada dalam dunia bisnes, hari itu sudah tidak lagi ditunggu dan dinikmati sebagai ‘cuti percuma’. Apabila menjadi seorang bisnes kita mencari bilakah hari untuk usahawan ataupun ahli bisnes? Rupa-rupanya hari bisnes adalah 365/366 hari setahun. Iaitu kita dapat memilih untuk meraikan sama ada setiap hari ataupun pada bila-bila masa yang kita kehendaki.

Hari pekerja pada tahun ini boleh diisi dengan menghabiskan hari tersebut bagi membaca sekurang-kurangnya 3 bab sebuah buku baru yang telah dibeli sempena pesta buku ataupun boleh mendapatkan sebuah buku baru di kedai buku petang ini.

Banyak buku yang bermanfaat membantu kita berhijrah minda. Berada dalam kelompok makan gaji ataupun bisnes itu bukannya isunya jika bukan duit dan kebebasan masa yang kita cari. Buku membantu kita berhijrah menjadi seorang pekerja yang lebih baik sejak dari hari pekerja tahun lalu. Ucapkan tahniah kepada diri sendiri apabila kita tergolong dalam kumpulan individu yang membantu diri sendiri menjadi orang yang berjaya.

Gunakan masa yang ada esok bagi menentukan hala tuju kita sebagai pekerja, dari segi apa yang kita ingin capai dalam kareer dan dalam kehidupan keluarga kita. Membuat matlamat hidup berdasarkan kewangan juga adalah satu langkah yang baik.

Kita adalah apa yang kita makan,

Kita adalah apa yang kita baca.

Selamat mengunakan hari bercuti ini bagi berhijrah satu lagi langkah kehadapan. Semoga Tuan dan Puan terus dinikmati dengan rezeki yang berterusan dan sentiasa bahagia.

Shamsuddin Kadir

Trainer & Writer

www.ShamsuddinKadir.com

Ultra Mind Resources

Emel: info@shamsuddinkadir.com

2 Comments

Leave a Reply