Skip to main content

Tuan SK,

Apa pendapat tuan tentang Skim Jutawan C……….? (Maaf nama betul terpaksa dipadankan) ramai rakan sekerja saya telah menyertainya.

Bolehkah tuan SK berikan petua-petua tentang perniagaan homestay atau rumah penginapan harian?

Sekian, terima kasih. Semoga tuan SK dapat membalas e mail saya.

——————————-

Tuan,

Ketika ini bilangan skim-skim yang diperkenalkan di tengah-tengah masyarakat kita terlalu banyak seperti buih-buih yang timbul di atas permukaan air pantai setiap kali datangnya ombak. Untuk mengenal pasti sama ada yang mana adalah betul pasti mengambil masa yang lama, kadang kala selepas individu merasa dirinya tertipu baru kita tahu bahawa skim itu skim cepat kaya ataupun skim tipu duit orang.

Saya tidak menyarankan kepada mana-mana tetamu halaman www.ShamsuddinKadir.com bagi menyertai mana-mana skim yang ada di pasaran selain yang di iktiraf oleh badan seperti Bank Negara.

Biasanya individu yang terpengaruh dengan skim-skim yang tumbuh seperti cendawan adalah orang yang teramat sangat ataupun terdesak untuk menjadi kaya, disebabkan oleh bebanan hidup ataupun impian yang belum tercapai. Ini berdasarkan maklum balas dan pengakuan dari individu-individu yang sudah kena tipu.

Kalau kita benar-benar ingin menjadi kaya yang sekayanya mulakan bisnes sendiri yang tiada kaitan dengan mana-mana skim, MLM ataupun Direct Selling. Mulakan bisnes yang sebenar.

Jangan kerana ingin dapat duit cepat, bagi melangsaikan hutang-hutang, kita sanggup mengali lubang baru lagi dengan melabur duit yang dipinjam bagi melabur dalam satu lagi lubang besar.

Bagi Projek HomeStay,…

Jika Tuan tinggal di bandar-bandar besar ataupun bandar pelancongan, memiliki rumah bagi disewakan mengunakan konsep HomeStay memberikan pulangan yang berpatutan jauh lebih baik dari kita menyewakannya. Dengan syarat kita ada masa ataupun wakil bagi berurusan dengan setiap pelanggan yang ingin menyewakannya.

Apa yang boleh dilakukan, sediakan Katil kelamin, katil bujang di bilik dan tv, peti sejuk dan beberapa peralatan lain yang boleh diperolehi sama ada beli baru ataupun beli barangan terpakai. ianya bergantung kepada bajet yang kita ada. Jangan labur terlalu banyak.

Laburkan duit bagi membuat banner di hadapan rumah berkenaan sebesar yang boleh, juga fakskan juga dipejabat kerajaan tertentu bagi memaklumkan kita ada rumah yang boleh disewakan secara harian, minggu dan bulanan. Jika ada bajet lebih, boleh iklan di dalam akhbar ataupun secara online terutama pada hari Khamis ataupun jumaat (iaitu sehari ataupun dua sebelum hujung minggu).

HomeStay membolehkan kita mendapat jumlah sewa yang melebihi 3 kali ganda dari menyewakan secara tetap. Sehari boleh dicajkan minimum RM 150 sehari bergantung kepada rumah, jika di lembah klang, harga sewa itu hanya untuk satu bilik dan satu malam sahaja.

Buat strategi pemasaran yang baik, antara bakal pelanggan, keluarga pengantin, kenduri, pelancong luar negara dan pelancong tempatan.

Shamsuddin Kadir

www.ShamsuddinKadir.com

Emel: info@shamsuddinkadir.com

Leave a Reply