Skip to main content

Assalamualaikum Encik Shamsuddin

Pertamanya saya ingin bertanya boleh ke meminta khidmat konsultasi kewangan dari encik?
Saya baru memiliki buku encik bertajuk Kaya Dengan Rumah. Saya seorang suri rumah dan peniaga kelas F kecil kecilan dengan purata pendapatan bersih seribu sebulan.
Suami saya seorang kakitangan kerajaan. Nak jadi KAYA memang impian kami dari dulu.
Alhamdulillah baru-baru ini saya telah mendapat projek ‘durian runtuh’ once in a life time dan mendapat untung bersih 5 juta. Sesuatu yang tak pernah kami impikan!!
Saya nak minta pendapat encik bagaimana nak menguruskan wang tersebut supaya ia dapat bertahan ke akhir hayat malah sampai ke anak cucu (bolehke?).
Adakah saya perlu mendapatkan khidmat penasihat kewangan? Saya takut tersalah urus dan wang yang banyak tu habis dalam masa 2-3 tahun je.
Minta pandangan Encik.Sekian, Terima Kasih.
Puan IS
———————-
Waalaikummusalam Puan,
Alhamdulilah di atas nikmat yang Allah berikan kepada Puan, semoga rezeki itu adalah nikmat yang membawa kita mensyukuri nikmat Allah sepanjang masa. Amin.
Cadangan saya :
1. Taja sekurang-kurangnya seorang anak yatim sama ada yang belajar di sekolah tahfiz dengan kos RM 300 ke bawah sebulan, sehingga anak yatim itu tamat belajar diperingkat tertinggi, dan teruskan dengan anak yatim lain sehingga kita sampai ke penghujung hayat. Ini sebagai jaminan duit itu berkat dan Puan sekeluarga memperolehi manfaat duit itu menjadi lebih banyak lagi dengan diizinkan oleh Allah.
2. Beli sekurang-kurangnya sebuah lot kedai yang strategik jika ada harga tidak lebih dari RM 500,000 dan tawarkan kepada Perbankan Islam, seperti Bank Islam, Maybank Islamic, Tabung Haji, Bank Muamalat, Al Rajhi Bank ataupun Bank Rakyat supaya menjadi penyewa. Hantar kertas cadangan kepada bank, apabila lot bangunan itu hampir siap.
3. Laburkan dengan membeli beberapa (ataupun 3 buah) rumah teres dua tingkat di lokasi yang berbeza tetapi berdekatan yang berharga kurang dari RM 300,00 sebuah.
4. Laburkan dalam 2 buah apartment yang berharga kurang dari RM 100,00 setiap satu.
5. Labur dalam bank persatuan RM 50 ribu di atas nama Puan, RM 50 ribu di atas nama Suami puan dan jika anak sudah dewasa, jika dirasakan sesuai boleh dimasukkan juga RM 50 setiap seorang. Pastikan anak membaca buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang dan Makan Gaji Tetapi Kaya sebelum duit itu dimasukkan dalam akaun mereka.
6. Boleh gunakan sebahagian lagi beli saham amanah.
7. Sebelum membuat apa-apa, Puan boleh juga merujuk kepada beberapa perancang kewangan, tetapi jangan membuat keputusan dengan serta merta selepas mendengar nasihat. Balik rumah, fikirkan untuk sekurang-kurangnya 3 hari.
8. Baca juga buku “Buat Duit Dengan Rumah’ sebelum membeli hartanah dan baca lagi buku-buku yang bermanfaat lain, supaya tindakan yang terbaik kita lakukan.
9. Berhati jika kita ingin upgrade rumah dan kereta, kos penyelenggaraannya akan memakan duit itu, jika kita bersedia dengannya teruskan.
Shamsuddin Kadir
Trainer & Writer

3 Comments

  • hairul says:

    Tuan Shamsuddin,

    Pesan kat Puan Is supaya jangan lupa sucikan pendapatannya itu dengan mengasingkan 2.5% untuk disedekahkan kepada orang miskin atau sesiapa yang layak dibantu. InsyaAllah bakinya nanti akan subur dan suci.

  • Terima kasih Tuan Hairul,

    Insyaa-Allah Puan Is itu juga membaca setiap pandangan yang diberikan di sini.

    Saya sukakan perkataan subur dan suci, sesuatu yang penting bagi manusia yang hidup mencari keberkatan.

  • IS says:

    Assalamualaikm Tuan Shamsuddin,
    Saya ucapkan terima kasih tak terhingga pada panduan yang tuan berikan.
    InsyaAllah saya akan ikuti panduan yg di berikan dan akan tak lupa juga buat en hairul,terima kasih atas peringatan anda. :-))

Leave a Reply