Skip to main content

Alhamdulilah, sehingga ke hari ini kedua-dua buku yang telah ditulis bagi tujuan mengubah adat dan konsep pemikiran kanak-kanak seawal 5 tahun menunjukkan kesan yang drastik.

Seorang pelajar yang  datang dari sebuah keluarga yang semua ahli keluarganya makan gaji, akhirnya bertindak keluar dari kepompong dengan memohon bagi memasuki sekolah teknik yang mengajar jurusan catering dan membuat roti. Beliau bercita-cita bagi menjadi usahawan semuanya berpunca dari kesan beliau membaca buku ‘Biskut Ajaib’ dan Garaj Aiman. Beliau kini berada ditingkat 3 dan sudah memulakan langkah menjadi pengedar buku berinspirasi dengan menjadi pengedar kedaibukusk.com. Beliau tinggal di Pasir Mas Kelantan.

Kes kedua adalah seorang pelajar darjah empat pada penghujung 2008 telah membaca buku Biskut Ajaib yang dihadiahkan oleh ayahnya mengantikan duit raya seperti yang disarankan oleh SK. Pada awal tahun 2009 beliau mengorak langkah dan memulakan bisnes jual cendawan goreng di sebuah sekolah di Kemaman, Terengganu. Beliau berpakat dengan orang gaji dirumahnya. Hari pertama beliau mendapat keuntungan RM 12, hari kedua untung menjadi RM 30 dan pada hari ketiga untung menjadi RM 50. Saya dihubungi sendiri oleh ayahnya yang sangat gembira dengan apa yang telah berlaku kepada anaknya. Ayahnya juga tidak sabar bagi mendapatkan buku ‘Miss Epal’ yang ditulis bagi melahirkan ciri pemimpin yang disegani, bermula diperingkat sekolah, supaya apabila besar menjadi seorang yang amat berguna kepada Tuhan dan Masyarakat. Insyaa-Allah buku Miss Epal akan diterbitkan seawal bulan Mei 2009. Anak beliau juga mengatakan buku biskut Ajaib ‘Best Gila’.

Kes yang ketiga ” Salam Tuan SK. Anak saya Ashraf sudah pun membaca buku Garaj aiman sebanyak 10 kali. Disebabkan kagum dengan buku tersebut beliau ingin berjumpa Tuan di PWTC esok. Pukul Berapakah Tuan akan berada di sana? Puan Noor.” ini adalah sms yang saya terima pada hari ini. Saya mengenali Puan Noor dalam satu bengkel yang saya jayakan, beliau menanyakan jika saya ada cara bagi mengalakkan anaknya supaya suka membaca. Apabila saya mencadangkan agar beliau menghadiahkan kepada anaknya buku Biskut Ajaib dan Garaj Aiman, secara serta merta anaknya sudah ketagih untuk membaca buku seperti ini.

Insyaa-Allah siri ketiga yang sedang masuk kilang cetak adalan ‘Tukang Gunting Terbang’. Ianya akan dipasarkan di pesta buku PWTC mulai 20 / 21 April ini.

Alhamduliah, Biskut Ajaib sudah di ulang cetak, Garaj Aiman juga sedang menanti cover baru bagi diulang cetak selepas semua stok habis dalam masa kurang dari 2 bulan selepas ianya dipasarkan.

Shamsuddin Kadir (SK)

Emel : info@shamsuddinkadir.com

www.shamsuddinkadir.com

Untuk Shamsuddin Kadir (SK) Berbicara ditempat Tuan/Puan untuk ceramah ataupun kursus, sila hubungi Ultra Mind Resources di Tel: 03 4142 5300 Fax: 03 4142 7300 ataupun 03 : 5548 4348 Fax: 03 5548 8343.

Leave a Reply