Pesta buku hanya tinggal hari sebelum membuka tirainya. Sayang tahun ini SK tidak dapat berada di sana sepanjang hari. Kerana banyak jemputan kursus dan ceramah sepanjang pesta buku Antarabangsa ini berlangsung.
Walau bagaimanapun SK akan berada di PWTC pada hari Sabtu 18 April 2009, jika diizinkan oleh Allah, sepanjang hari di sana. Kepada Tuan dan Puan yang berhajat untuk bertemu dengan saya untuk bertanya tentang sesuatu ataupun ingin mendapat autograf bagi buku yang telah dibeli ataupun yang akan dibeli, smskan ke 019 3001200, insyaa-Allah SK akan berada di booth PTS bagi pertemuan tersebut.
Ketika ini adalah satu dari masa yang amat sesuai bagi kita memperkuatkan lagi budaya membaca ahli keluarga kita dengan membawa pasangan kita, anak dan juga ibubapa tercinta ke Pesta Buku Antarabangsa yang akan bermula pada hari Jumaat ini.
Dapatkan penanda buku percuma di booth PTS yang bernombor 72 sehingga 79 yang terletak di ruang legar utama. Tidak perlu naik eskelator ataupun tangga.
Assalamualaikum Tuan SK,
Saya sudah pun memiliki kesemua buku-buku tulisan SK. Untuk memupuk minat anak saya supaya berterusan membaca buku-buku seperti Garaj Aiman dan Biskut Ajaib, sy ingin bertanya adakah di Booth Tuan SK nanti ada buku-buku yg sedemikian? Saya juga berharap agar saya dapat mencari buku Memulakan Bisnes Sendiri oleh Ainon Mohd di Booth tuan.Diharap Tuan dapat memberikan nombor Booth tuan agar senang untuk saya mencarinya pd hari sabtu nanti.
Sekian
Noor
Waalaikummusalam Puan Noor,
Semoga Allah memberikan kebaikan yang datang mendadak sepanjang masa kepada Puan di atas usaha membudayakan ‘mengail’ ilmu-ilmu yang diredhai oleh Allah. Amin.
Insyaa-Allah buku Biskut Ajaib akan ada di sana, manakala buku garaj aiman sudah kehabisan stok dan akan dicetak semula pada minggu ini.
Puan boleh juga mendapatkan buku SK yang terbaru yang akan dijual di pesta buku mulai 21 April adalah ‘Tukang Gunting Terbang’.
Booth PTS adalah bernombor 72 sehingga 79. Sekian, terima kasih.