Skip to main content

Apabila kita menguruskan hal ehwal kewangan kita tanpa memiliki ilmu dan kemahiran dalam bidang membuatkan kita menangung bebanan hidup yang berat. Ada yang sampai menjadi ‘gila’ kerana tidak tertahan dengan langkah silap dalam mengendalikan hal duit dan pinjaman dalam melayari hidup di dunia ini.

  • Ada yang tersilap membeli jenis kereta yang salah
  • Ada yang tersilap membeli kereta yang lebih besar dan tinggi harganya
  • Ada yang tersilap membeli dua buah kereta untuk sebuah keluarga
  • Ada yang tersilap mengambil tempoh sampai 12 tahun pinjaman
  • Ada yang tersilap menghabiskan banyak duit kepada aksesori kereta
  • Ada yang tersilap membeli rumah yang tinggi harganya
  • Ada yang tersilap menghias rumah berlebih-lebihan
  • Ada yang menyesal membeli handphone baru
  • Ada yang menyesal membeli tv baru
  • Ada yang menyesal dan terus menyesal.

Sebenarnya kita dapat mengelakkan dari terus menerus menyesal dengan tidak mengulangi kesilapan yang telah dibuat oleh orang lain. Satu dari cara yang paling mudah dan paling murah adalah dengan membaca buku. Tabiat membaca buku-buku yang bermanfaat membantu diri kita, ahli keluarga kita, jiran kita dan masyarakat kita bebas dari di patuk ular melebihi dari jumlah yang sewajarnya.

Kita juga dapat mengelak dari dibebani dengan kos akibat kesilapan membuat hutang yang tidak perlu dengan membaca dan juga dengan bertanya dengan orang yang telah melaluinya.

Shamsuddin Kadir / SK

Duta  www.KedaiBukuSK.com ‘Kini Semua Orang Boleh Berjaya’

Trainer & writer

Ultra Mind Resources

Tel: 03 4142 5300 Fax : 03 4142 7300

www.shamsuddinkadir.com

info@shamsuddinkadir.com

Leave a Reply