Skip to main content

Sehingga ke hari ini, mesin yang paling banyak mencetak duit dan pada masa sama menghalang duit itu dari mengalir keluar ke tangan orang lain adalah buku yang ‘berkualiti’. Pembaca buku yang menjadikan membaca sebagai  amalan wajib setiap hari adalah antara orang yang sentiasa ceria, gembira dan tenang. Ini kerana masa depannya dapat dirancang dengan baik sekali tanpa perlu melalui jalan salah, jalan mati, jalan berlubang yang telah dilalui oleh orang lain.

Membaca buku membantu kita melihat peluang-peluang yang telah dicipta ataupun digunakan oleh orang lain dan bagaimana peluang itu telah membantu orang lain. Membaca buku membantu kita melihat halangan-halangan yang telah di lalui dengan berjayanya oleh orang lain.

Membaca buku memberi kita inspirasi bagi memulakan langkah kita yang jauh kehadapan berbanding invididu yang bergerak tanpa ada ‘mentor’.

‘Setiap kali kita melangkah, ianya mengambil 1,000 langkah orang yang tidak membaca buku bagi sampai ke tempat yang kita sudah langkah itu’  Shamsuddin Kadir

Ini bermaksud apabila kita membuat 1,000 langkah (step), orang yang tidak membaca sudah tidak mampu lagi bagi sampai ke mana kita sudah sampai. Ianya bukan bertujuan bagi meninggalkan orang yang tidak  membaca jauh ke belakang, ianya bertujuan supaya kita sentiasa di hadapan masa mensyukuri nikmat Tuhan yang menjadikan kita manusia yang sempurna dengan mata, telingga, mulut dan akal.

Sebagai contohnya ada seorang eksekutif di sebuah bank tempatan, yang pernah memberikan testimoni bahawa buku ‘Hidup Tenang walaupun Berhutang’ walaupun berharga RM 20, tetapi nilai sebenarnya adalah RM 2,000,000.

Ada seorang peserta program saya ketika diadakan di UiTM Shah Alam, beliau berkata jika membaca buku-buku saya terlebih dahulu, beliau tidak perlu menangung ansuran rumah terbengkalai sebanyak RM700++ setiap bulan untuk 20/30 tahun. Berapa ratus ribu yang dia akan bazirkan duit….yang sebenarnya dapat di simpan.

Bukan buku-buku yang ditulis oleh SK sahjaa yang memberikan kebaikan, banyak buku-buku lain yang banyak memberi manfaat kepada kita.

Temui saya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC yang akan berlangsung mulai 17 – 26 April 2009.

Shamsuddin Kadir (SK)

Trainer, Writer & Timbalan Bendahari TAMRIN

www.ShamsuddinKadir.com

info@shamsuddinkadir.com

2 Comments

Leave a Reply