Skip to main content

“Aku hanya menciptakan manusia dan jin hanya semata-mata untuk mereka beribadah kepada Aku” itu yang kata Allah di dalam Al-Quran.

Apabila Allah memilih menjadikan kita manusia bukannya makhluk lain seperti haiwan, tujuanNya hanyalah supaya kita dapat beribadah (mengikut apa yang disuruh oleh Allah dan meninggalkan semua apa yang Allah larang).

Ketika ini setiap dari kita menikmati nikmat rezeki yang membolehkan kita hidup sehingga ke hari ini. Rezeki itu adalah bagi membantu kita hidup normal dan bersyukur kepada Allah setiap masa. Duit-duit ekstra yang kita ada itu adalah untuk digunakan bagi :

  • Membantu adik-beradik kita yang belum senang seperti kita
  • Membantu saudara mara yang masih belum berjaya
  • Membantu jiran kita supaya berjaya seperti kita
  • Membantu komuniti kita supaya lebih berjaya
  • Membantu agama Allah bagi memastikan Islam sentiasa di kemuncak sampai bila-bila
  • Membantu sesiapa sahaja yang dalam kesusahan dan menanti bantuan dari kita

Dari membelanjakan duit bagi membeli langsir yang berlebihan dari segi desain dan harganya lebih baik digunkan bagi membantu orang lain

Dari membelanjakan duit bagi membeli kereta semahal mungkin lebih baik digunakan duit ekstra itu bagi membantu orang lain

Dari membelanjakan duit bagi membeli mainan yang ‘tidak berguna’ kepada anak-anak lebih baik duit ekstra itu bagi membantu orang lain

Dari membelanjakan duit bagi makan ditempat-tempat yang terlalu mahal, lebih baik digunakan duit ekstra itu bagi membantu orang lain

Dari membelanjakan duit secara berlebihan melebihi dari tujuan sebenar Allah menjadikan kita orang senang, lebih baik duit itu digunakan bagi membantu orang lain.

Allah menjadikan diri kita ada duit walaupun tidak banyak tidak lain hanya supaya kita bersyukur dalam erti kata sebenar dan bukannya pula untuk menjadi kufur nikmat Allah.

Ada individu yang sedang berdoa dan menantikan bantuan kita di luar sana, mungkin adik beradik kita yang sedang dihimpit masalah. Mungkin hutang kad kredit, ansuran kereta sudah tidak terbayar.

Jika kita tidak mampu dari segi duit yang banyak, bantulah mereka yang ada masalah dengan pengurusan kewangan dengan menghadiahkan sebuah buku seperti buku ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’

Tahniah kepada saudara yang tergolong dari kumpulan manusia yang minoriti. Iaitu manusia yang sentiasa menjadikan nikmat hidup ini sebagai ibadah kepada Allah seperti mana bacaan dalam doa Iftitah.

Leave a Reply