Setiap hari perangkap-perangkap kewangan sentiasa mengikuti kita, apabila kita kurang cerdik tentang perangkap kewangan kita menjadi salah seorang dari mangsanya. Ianya bukan bererti sekali kita terkena kita tidak akan terkena lagi, perangkap kewangan ada banyak jenis, ada yang dari jenis yang sama cuma cara masuk perangkap adalah berbeza.
Buat permulaan, perkara asas yang kita perlu tahu adalah untuk hidup di bandar besar jenis hutang yang mungkin kita perlu ambil adalah pinjaman beli rumah dan kereta bagi individu yang sudah bekerja.
Bagi saudara yang menyambung ke peringkat diploma ataupun ijazah, pinjaman pelajaran mungkin perlu diambil jika ibubapa saudara adalah kurang upaya (miskin). Satu cara bagi melihat sama ada ibubapa kita kurang upaya dari segi duit dan harta adalah, di rumah kita hanya ada apa yang perlu untuk hidup tiada barangan ataupun perkhidmatan yang jika dielakkan dapat menangung yuran belajar di universiti.
Kadang kala ianya berlaku apabila kita menambahkan bebanan dengan membeli aksesori kereta secara berhutang ataupun aksesori yang kita tidak perlukan.
Kadang kala ianya berlaku apabila kita membeli handphone baru, sedangkan handphone lama masih berfungsi secara normal.
Kadang kala ianya berlaku apabila kita membeli jam baru sedangkan jam lama masih berfungsi dan dalam keadaan ‘tidak memalukan si pemakainya’
Kadang kala ianya berlaku apabila kita membeli kereta baru yang ansurannya tinggi sedangkan hutang pinjaman kereta lama sudah hampir habis.
Kadang kala ianya berlaku apabila kita membeli perhiasaan diri yang berlebihan sedangkan apa yang kita sudah ada mencukupi bagi menjalani hidup yang bahagia.
Antara cara yang kita boleh lakukan dengan mengelakkan membuka ruang untuk berhutang adalah mengelakkan dari :
- Membaca majalah yang mengajak kita berbelanja lebih
- Melawati pasaraya yang memiliki 1001 perangkap dengan menawarkan lebih dari 50 peratus barang yang tidak perlu
- Berkawan dengan orang yang suka membuka ruang untuk berhutang
Semoga usaha kita ini dapat membantu kita dari menangung hutang yang tidak perlu dan kita tiba masa yang terdekat, kita sebenarnya sudah bebas 100% dari apa-apa jenis hutang.
Shamsuddin Kadir (SK)
Trainer & Writer
www.ShamsuddinKadir.com
info@shamsuddinkadir.com
TQ Tuan SK yg tidak jemu2 memberi ingatan.. memang fitrahnya manusia pantang digoda dan cepat teruja. Iman dan Ilmu boleh menjadi benteng dan panduan hidup kita.
Sama-sama kita membantu orang lain berjaya. Ya hanya iman da ilmu yang menjadi benteng dan panduan hidup yang berjaya.
Shamsuddin Kadir
http://www.shamsuddinkadir.com
info@shamsuddinkadir.com