Skip to main content

Dari Emel yang dihantar ke shamsuddinkadir@yahoo.com pada hari ini 25 Mac 2009.

Kaedah Sampul-Pasti Tidak Terbabas Dalam Perbelanjaan Setiap Bulan

 

 

Salam Tuan Shamsuddin,

 

Saya telah pun membaca buku tuan Makan Gaji Tapi Kaya dan Hidup Tenang Walaupun Berhutang tetapi masa tu belum terlintas untuk saya menghantar email kepada tuan, tetapi hari ini setelah melihat dengan mata saya sesuatu, jadi saya pun ringankan jari ini menulis kepada tuan.

Saya bertugas di Jabatan Kerajaan di W.P.Putrajaya. Hari ini semasa waktu rehat agak lenggang di ofis saya al-maklumlah, Gaji masuk hari ini jadi ramailah berpusu-pusu ke bank, dan shopping complex. Kebetulan hari ini saya tidak berkereta, jadi saya hanya makan di cafetaria pejabat sahaja, jika tidak saya pun akan keluar juga seperti yang lain. Agak janggal makan sorang diri jadi saya pun mengajak staf saya untuk pergi makan sama di cafetaria.

Semasa saya ke meja beliau, saya lihat 3 sampul yang berisi wang di atas meja beliau dan beliau sedang mengira-ngira wang tesebut yang jumlahnya agak banyak juga. Di atas sampul tersebut ada tercatat `Makan di Pejabat (1-31 Mac)’, `Minyak kereta (1-31 Mac)’ dan sampul akhir `Mydin @ Giant (1-31 Mac)’ dan yang paling mengembirakan beliau ada satu surat dari bahagian kewangan yang telah meluluskan tuntutan menanggung tugas dari bulan Januari 2008 lagi. Sebelum ini tuntutan tersebut di KIV oleh Jabatan mungkin kerana peruntukan tiada tetapi tugas tersebut beliau laksanakan tanpa bantahan.

 

 

Bila saya bertanya beliau kenapa mengira-ngira wang tersebut katanya terlalu gembira dengan rezeki yang dikurniakan, katanya duit dalam sampul-sampul ini pun masih banyak lagi dan rezeki lain pula datang, Alhamdulillah katanya.

 

Beliau terus bercerita, beliau telah lama guna kaedah sampul yang Tuan Shamsuddin ajar, dan beliau tak pernah lagi terbabas dalam perbelanjaan setiap bulan malah selalu berlebihan dan kemudian berdoa untuknya (Tuan Shamsuddin) setiap kali solat kerana sesiapa sahaja yang mengajar kita perkara baik dianggap seperti guru kita dan kita wajib berdoa untuknya. Jangan kedekut dengan berdoa, kedekut duit tak ape katanya. Bila kita berdoa untuk guru kita setiap hari, kebaikan mendadak akan sentiasa kita perolehi dari ALLAH, Insya-ALLAH. Cubalah kaedah sampul katanya pasti tidak terbabas dalam perbelanjaan.

AZLINA JAS
Putrajaya

 

 Waalaikummusalam Puan Azlina,

Semoga Allah mengurniakan kepada Puan dan staf Puan tersebut dengan kebaikan yang datang mendadak pada setiap pagi dan petang hari. Amin.

Syukur, Alhamdulilah tidak apa yang saya dapat ungkapkan hanya bersyukur kerana ilmu yang dikongsi dimanfaatkan dan peroleh kebebasan dan dapat melakukan tugas kerja tanpa memikirkan ataupun disekat akibat ‘DUIT. Walaupun claimnya KIV beliau terus menjalankan tugas ekstra. Saya cukup berbangga dengan beliau dan semua pembaca, peserta dan tetamu blog ini yang memanfaatkan kaedah tersebut dan kaedah lain yang telah dipelajari.

Satu perkara yang saya selalu lakukan adalah berdoa sebelum menjayakan sebarang kursus ataupun ceramah supaya ilmu yang akan dikongsikan bersama nanti menjadikan para peserta orang yang berjaya dan berjaya mendapat manfaat dari ilmu itu. Saya juga turut mendoakan kesejahteraan kepada semua peserta, pembaca yang mempelajari ilmu melalui Ultra Mind Resources, buku-buku SK dan halaman blog ini dalam solat, kerana itu tanggungjawab bagi seorang trainer dan penulis.

Kepada Puan Azlina terima kasih di atas perkongsian maklumat yang teramat baik ini, semoga ianya juga memberi inspirasi kepada semua tetamu blog ini bagi mempratikkannya.

Leave a Reply