Petua 1 : Masuk Pasaran yang kita ada Bakat dan bukannya Minat
Perkara pertama apabila kita ingin memulakan bisnes pastikan kita memasuki bidang yang kita ada bakat. Apabila kita memasuki bisnes yang kita tidak ada bakat membuatkan tanggan kita terbakar, di mana duit yang dilabur hangus. Jangan masuk pasaran bisnes dalam bidang yang kita minat tetapi tiada bakat. Apabila kita memasuki dunia bisnes yang kita ada bakat, mutu kerja-kerja kita sangat baik, ini membuatkan pelanggan berpuas hati dan memuji kita. Pujian dari pelanggan yang berterusan menghasilkan minat dalam bisnes yang kita ada bakat.
Masuk bidang yang kita minat tetapi tidak ada bakat, membuatkan pelanggan tidak berpuas hati, kerana mutu kerja kita tidak memuaskan. Contohnya kita minat melukis tetapi tiada bakat, gambar yang dilukis tidak cantik dan menarik, tiada pelanggan yang berpuas hati, asyik komplen hasil kita tidak memuaskan.
Ramai ingin menjadi penyanyi tetapi tidak semua orang ada bakat menyanyi. Bagaimana untuk kita mengenali bakat yang ada pada diri kita ?
- Tengok keluarga di sebelah ayah dan ibu, apa aktiviti mereka
- Tengok dan ingat kembali apa pujian yang ibubapa, isteri, rakan sekerja, jiran ataupun anak kita berikan kepada kita. Contohnya isteri kita memuji kita pandai memberi semangat kepada anak-anak supaya berani bercakap dikhalayak ramai. Itu mungkin bermakna kita ada bakat dalam membantu kanak-kanak berani berkomunikasi.
Insyaa-Allah (Jika diizinkan oleh Tuhan) kita akan bertemu lagi dengan Petua Kedua dan seterusnya.
Betul jugak ya!, saya memang minat melukis tapi tak pandai melukis, kalau dijadikan bisnes alamat orang buta saja yang akan beli…hehe. Terima Kasih berkongsi