Perkara yang terbaik bagi dilakukan pada pagi ini adalah sembahyang Dhuha. Solat Dhuha adalah ibadah yang tidak diwajibkan oleh Allah bagi dilakukan. Walau bagaimanapun orang yang melakukannya diberikan kelebihan yang teramat banyak sehingga boleh membuatkan tiada musibah dapat menghancurkan empayar yang kita bina.
Pernah suatu ketika dahulu ada seorang peniaga yang berniaga di dalam sebuah pasar, pada suatu hari apabila datang ingin membuka kedainya, beliau amat terkejut apabila melihat api sedang membakar seluruh bangunan pasar tersebut. Kedainya ada di dalam pasar tersebut. Api yang besar itu telah memusnahkan seluruh pasar tersebut.
Apabila melihat api yang membakar itu, beliau bersyukur, dan berkata” Selepas ini aku tidak mahu lagi berniaga, kerana sudah tua dan ingin menghabiskan masa di Masjid”. Sebelum ini beliau sudah memikirkan untuk bersara dari berniaga bagi memberi tumpuan kepada ilmu Akhirat.
Apabila api sudah padam beliau sangat terkejut, apabila mendapat hanya kedainya sahaja yang tidakย musnah dijilat oleh Api. Amalan yang beliau selalu lakukan adalah solat Dhuha.
Langkah pertama yang kita boleh buat pada pagi ini, sama adaย merasa sempit akibat bebanan hutang dan duit yang tidak cukup adalah dengan mengambil air sembahyang dan sembahyang 2 rakaat, solat Dhuha. Doakan selepas solat tersebut “Ya Allah kurniakan kebaikan yang datang mendadak kepada semua sahabat-sahabat, rakan sekerja, jiran, semua Muslimin dan Muslimat dan bebaskan mereka semua dari bebanan hutang piutang. Amin.
Sembahyang Dhuha boleh dibuat secara asasnya antara jam 8 Pagi sehingga 11.45 tengahari. Saya juga akan menunaikannya sebaik sahaja entri ini siap ditulis.
“Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha, 2 rakaat, kerana Allah….”
Assalamualaikum.
Tuan disima saya adalah pembaca setia buku tulisan saudara. Semua buku saudara telah saya miliki dan baca kecuali yang terbaru Buat Duit Dengan Rumah. Insyaallah saya akan milikinya nanti.
Disini saya hanya inigi memohon untuk menggunakan gambar kulit buku saudara dalam misi saya menyebarkan dan berkongsi cerita berkenaan penulisan saudara dalam web saya. semoga di benarkan.
http://iqmalariff02.blogspot.com/2009/03/usahawan-cilik-biskut-ajaib.html
Waalaikummusalam wbt,
Semoga Allah permudahkan setiap usaha Tuan. Amin
Silakan tiada masalah bagi mengunakan gambar kulit mana-mana buku asalkan ianya dimanfaat secara baik. Saya juga tidak ada halangan bagi mana-mana individu yang turut ingin mempamerkan gambar buku berkenaan di halaman website Tuan dan Puan.
Shamsuddin Kadir
Terima Kasih. Semoga Allah Memberkati Kita Semua.
Kebaikan solat dhuha perlu disebarkan kepada masyarakat dengan lebih meluas. Kita tidak mahu suatu hari nanti, generasi akan datang tidak tahu apa itu solat dhuha disebabkan kita, generasi sekarang, tidak mempraktikkannya.
Ya Allah perkenankan doa Tuan Iqmal Ariff itu.
Tuan Hairul,
Betul, betul, solat Dhuha juga menjadi benteng bagi menghalang kita dari tertinggal solat yang wajib.