Skip to main content

Assalamualaikum Tuan SK,

Saya orang yang baru nak melibatkan diri dalam bidang pelaburan hartanah. Saya diperkenalkan oleh kawan dengan buku-buku Tuan.

Saya ingin meminta pendapat tuan, ada kawan kepada kawan sekerja saya ingin menjual apartmennya di Seberang Jaya, Penang kerana ingin membeli hartanah di tempat lain. Harganya kurang sedikit dari harga pasaran. Saya telah melawat apartment tersebut.

Apartment tersebut sedang disewa oleh kolej jururawat utk jururawat pelatih. Saya rasa berbaloi kerana sewa apartmen itu RM700 sebulan sedangkan ansuran bulanan kepada bank dalam RM550 sebulan.

Masalahnya sekarang, ada pendapat negatif daripada saudara rapat (bapa saya sebab saya masih bujang) yg penjual itu cuba menipu saya dengan persoalan-persoalan kenapa dia nak jual kalau hartanah itu menguntungkan?

Kenapa di jual kepada saya bukan kawan-kawan dia yang lain?

Apa yang patut saya buat?
Jutaan terima kasih atas perhatian tuan. Semoga hidup tuan sentiasa diberkati Allah.

Seberang Perai, Penang

—————————

Waalaikummusalam,

Terima kasih di atas doa, saya juga mendoakan Cik Puan juga diberikan kebaikan yang datang mendadak.

Semoga Cik Puan telah membaca buku-buku saya mengikut susunan iaitu Hidup Tenang Walaupun Berhutang diikuti Makan Gaji Tetapi Kaya, Kaya dengan Rumah dan Buat Duit Dengan Rumah.

Pertama-tamanya sekali kita perlu mengenalpasti ataupun membuat analisis kenapa pemiliknya ingin menjualkan rumah? Cuba selidik sedikit. Antara soalan yang boleh ditanya, kenapa dengan keuntungan RM 150 sebulan, awak mahu menjualkan apartmen tersebut?

Berapakah tempoh kontrak penyewaan? Jika 1 tahun, amat berisiko.

Adakah pihak kolej kejururawatan akan terus menyewa apartment tersebut selepas Cik Puan membelinya dan berapakah tahun mereka akan menyambung kontrak dengan Cik Puan? Cik Puan perlu menghubungi person in charge di Kolej Jururawat itu.

Berapakah harga sewa pasaran di kawasan itu? Jika di bawah harga ansuran kepada bank, sudah pasti ianya tidak digalakkan.

Setelah membaca buku-buku SK tersebut  dan mendapat jawapan yang Cik Puan selesa dengan persoalaan di atas, buat solat Isthikarah. Selepas mendapat petunjuk dari solat tersebut, minta restu dari Ayah (dengan mendedahkan maklumat penting yang diperolehi) jika pentunjuk solat itu mengalakkan kita bagi membelinya.

Leave a Reply