Skip to main content

Handphone yang kita ada pada hari ini berkemungkinan besar dapat memenuhi keperluan kita sehingga kita mati, jika kita hanya mengunakan khidmat basic iaitu membuat dan menerima panggilan, menghantar dan menerima sms.

Apabila kita mengambil kira kualiti hidup setiap kali ingin berbelanja, satu dari kos yang kita tidak perlu tanggung adalah ‘budaya tukar handphone’. Adakah kualiti hidup kita meningkat apabila kita memiliki handphone baru ?

Kualiti hidup kita meningkat, jika dengan adanya handphone baru yang lebih canggih, ianya membantu kita menerima emel dari pelanggan dengan pantas dan dapat membalas emel-emel yang penting itu.

Budaya membeli handphone baru setiap kali model baru terbit dipasaran, sebenarnya memberi ruang kepada kita supaya membelanjakan duit bagi sesuatu yang membazir.

SMS, MMS, Ring Tones dan sebagainya adalah peluang bagi kita menghabiskan duit-duit tanpa meningkatkan kualiti hidup, kecuali kita menggunakannya bagi keperluan yang meningkatkan sama ada dari segi harta ataupun ilmu yang bermanfaat.

Ramai jutawan-jutawan yang saya kenali dan rapat, mereka masih mengunakan handphone yang sama sejak saya mengenali mereka. Ada seorang jutawan yang memiliki lebih kurang 7 buah hartanah yang kebanyakannya berharga 1 juta ke atas setiap satu, masih mengunakan handphone yang sama sejak tahun 2003. Handphone beliau mungkin berharga RM 400 ketika beliau membelinya dan harga pada hari ini sekitar RM 50. Beliau tinggal di dalam sebuah rumah ‘Pent House’, ada kereta mewah tetapi disebabkan handphone itu tidak meningkatkan kualiti hidupnya beliau tidak mahu membelanjakan duitnya. Beliau lebih suka membelanjakan duit itu bagi membantu orang-orang yang miskin dan susah yang teramat banyak di luar sana.

Leave a Reply